Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

11 Jun 2026 • 11:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam, tampil menghulurkan bantuan kepada seorang individu dikenali sebagai Mohamed Haffiez Mansor Taridi yang sedang berdepan masalah kewangan bagi menampung kos rawatan anaknya.

Bantu penjual kek lapis

Image from: Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

Menerusi hataran di TikTok, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, bersama isterinya, Awin Nurin dilihat bertemu sendiri bersama Haffiez.

Dalam pertemuan itu, Haffiez berkongsi mengenai keadaan kesihatannya serta ujian yang menimpa anak perempuannya. Dia turut menjelaskan penyakit yang dialaminya.

@izzueislam

Semoga Allah menjaga mereka yang sedang bertarung dengan ujian

♬ kembali pulang suara kayu piano - Lyn
“Nama penyakit itu adalah haglund deformity, rasa macam ada jarum dekat bawah tapak kaki saya,” kongsinya.

Tambahnya lagi, walaupun mendapat bantuan daripada pihak zakat, kos rawatan anaknya masih berterusan setiap bulan kerana perlu mendapatkan rawatan di hospital, namun tetap berusaha mencari rezeki dengan menjual kek lapis bagi menampung perbelanjaan perubatan anaknya.

Image from: Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

“Lembaga zakat sangat membantu tetapi anak saya ini setiap bulan kena masuk hospital.
“Tapi Alhamdulillah, saya dapat jual kek lapis untuk tampung kos ini. Dapat membantu urusan anak saya,” jelasnya.

Prihatin dengan situasi tersebut, Izzue kemudian menyerahkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada Haffiez sambil menitipkan kata-kata semangat.

Difahamkan, selain bantuan kewangan, Izzue juga turut membantu menginfakkan kek lapis berkenaan kepada orang ramai sebagai usaha meringankan beban Haffiez.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Izzue terhadap individu berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap pemurah pelakon dan penyanyi lagu Berdua Bersatu itu yang sanggup berkongsi rezeki demi membantu mereka yang memerlukan.

Terus bertambah rezeki

Image from: Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

Guna kelebihan bantu masyarakat

Image from: Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

Moga diberikan rezeki cahaya mata

Image from: Izzue Islam beri sumbangan, bantu penjual kek lapis kumpul dana kos rawatan anak

Artikel lain: “Happy birthday…” – Izzue Islam terima kejutan! Isteri hadiahkan Nissan GT-R R35

Terdahulu, Haffiez sebelum ini pernah merayu bantuan orang ramai dengan menjual kek lapis bagi menampung kos rawatan anaknya, Qaireen Adriana Tihani yang menghidap penyakit jantung kronik sejak lahir.

Difahamkan juga, Qaireen Adriana Tihani pernah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama tujuh bulan pertama kehidupannya akibat keadaan kesihatan tersebut.

Sumber: TikTok Izzue

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved