J.K. Rowling Dituduh Anti-Transgender, Persatuan Mahu Tukar Nama Quidditch Ke Quadball

Entertainment
24 Jul 2022 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Quidditch, sukan yang dicipta oleh J.K. Rowling untuk dunia fiksyen Harry Potter akan bertukar nama ke Quadball atas sebab beberapa faktor. Sukan yang sebelum ini hanya wujud di dalam filem, kini dimainkan secara meluas di kampus sekitar Amerika Syarikat.

Pada bulan Disember lalu, dua badan pentadbir utama sukan itu, US Quidditch dan Major League Quidditch berkata, mereka sedang mempertimbangkan untuk menukar nama kerana Warner Bros telah memiliki hak cipta untuk nama sukan itu.

image is not available

Bagaimanapun pada hari Selasa lalu, satu lagi badan pentadbir sukan itu, Persatuan Quidditch Antarabangsa berkata ideologi anti-transgender yang dibawa J.K. Rowling adalah punca kepada perubahan nama sukan ini.

Sebelum ini, penulis siri Harry Potter itu telah dituduh sebagai transphobic, namun disangkal oleh wanita itu.

image is not available

Beliau pernah beberapa kali berkongsi pandangan berkenaan golongan transgender, yang telah membuat ramai pihak kurang senang dengan tindakannya termasuk pelakon asal Harry Potter, Daniel Radcliffe dan Emma Watson.

Selepas ini, Major League Quidditch akan dikenali sebagai Major League Quadball, manakala US Quidditch akan dikenali sebagai US Quadball. Persatuan itu berkata, perubahan ini akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Tak sangka Quidditch dah jadi sukan sebenar.

Kredit: Edition

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article