Mingguan Amanz – Redmi K20 Pro, Computex 2019, Maxis Deria Takbir

2 Jun 2019 • 7:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini menyaksikan acara Computex 2019 berlangsung, sekaligus memperlihatkan pelbagai peranti baru diperkenalkan. Intel turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan cip pemprosesan generasi baru mereka, sementara Asus dan Dell masing-masing hadir dengan penawaran komputer riba terkini dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah keluarga Redmi. Mencuri perhatian adalah Redmi K20 Pro yang hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi seperti cip Snapdragon 855, kamera 48-megapixel dan pada harga mampu-milik. Selain telefon, Redmi turut melancarkan komputer riba dinamana RedmiBook 14.

Maxis pada minggu ini telah hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan Deria Takbir, ditujukan untuk memudahkan mereka dengan kelainan pendengaran untuk menikmati rima takbir.

Dan akhir sekali, FavePay kini membolehkan pesanan makanan disejumlah restoran terus dari meja dan membuat pembayaran nirtunai melaluinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved