Jabatan Audit Negara nafi penglibatan dalam urusan pengeluaran sijil

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Jabatan Audit Negara (JAN) menafikan sekeras-kerasnya penglibatan jabatan itu dalam sebarang urusan yang meminta bayaran bagi tujuan pengesahan audit, pelepasan dana atau pengeluaran sijil seperti yang didakwa menerusi surat dan iklan yang tular baru-baru ini.

JAN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan jabatan itu memandang serius kewujudan dokumen palsu yang menggunakan nama serta identiti berkaitan urusan audit dan tuntutan bayaran bagi External Audit Clearance Certificate (EACC).

"JAN juga mengesahkan surat yang tular itu adalah palsu, termasuk penggunaan nama dan tandatangan pegawai JAN tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Justeru, JAN memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung penyalahgunaan identiti dan pemalsuan dokumen berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

JAN turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dan tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili jabatan itu bagi tujuan audit atau pengeluaran sijil serta sentiasa berwaspada terhadap sebarang penyalahgunaan nama JAN. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved