JAKIM Padam Hantaran Syarikat Ditarik Sijil Halal, Ini Penjelasan Timbalan Menteri

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tindakan memadam hantaran di media sosial mengenai syarikat yang ditarik balik sijil pengesahan halal bukanlah bertujuan untuk melindungi mana-mana pihak atau syarikat tertentu.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Marhamah menjelaskan ia dipadam kerana dimuat naik oleh Bahagian Dakwah Jakim, yang bukan saluran rasmi utama untuk membuat hebahan atau pengumuman berkaitan status halal syarikat mahupun produk.

“Saya melihat perkara ini lebih kepada isu teknikal di mana pihak Bahagian Dakwah sendiri, minta maaf kalau saya sebut khilaf dalam mengeluarkan nama syarikat tersebut, sepatutnya ada saluran yang rasmi untuk keluarkan (maklumat),” 

Bercakap ketika ditemui selepas menghadiri Program MADANI Rakyat baru-baru ini, Marhamah menegaskan sebarang maklumat berkaitan status halal perlu disahkan dan disalurkan menerusi platform rasmi yang ada autoriti iaitu Bahagian Pengurusan Halal bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tindakan Bahagian Dakwah Jakim memadam hantaran tentang penarikan status halal yang tular baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna dan mendesak Jakim untuk mendedahkan nama syarikat terbabit.

image is not available

Perkara ini merujuk kepada laporan media baru-baru ini tentang penarikan balik sijil halal sebuah kilang memproses kopi dan biskut di Melaka selepas didapati menggunakan berus yang dipercayai daripada bulu babi dalam kerja-kerja pembersihan peralatan.

Menurut laporan Awani, perkara itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dijalankan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Januari lalu.

Mengulas lebih lanjut, Marhamah berkata pemantauan dan penguatkuasaan status halal produk oleh JAKIM dilaksanakan secara berterusan, bukan hanya ketika wujudnya isu-isu tular.

Sumber : Awani

Sumber: AwaniSumber: Bernama

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.