Jabatan Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula Untuk Bedah Siasat

8 Aug 2025 • 8:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan, sebagai langkah melengkapkan siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata pihaknya telah meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan berpandangan siasatan lanjut perlu dilakukan secara lebih menyeluruh.

image is not available

“Sehubungan itu, laporan siasatan awal telah dikembalikan kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.

“Langkah ini bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Jabatan Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula

Sebelum ini, kematian kanak-kanak berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai berikutan punca sebenar kejadian masih belum terjawab secara rasmi.

image is not available

Arahan bedah siasat ini dijangka membuka jalan kepada petunjuk baharu dalam usaha menentukan punca kematian Zara Qairina secara sah dan berfakta.

Jabatan Peguam Negara turut menegaskan komitmennya untuk memastikan keadilan ditegakkan secara menyeluruh demi kepentingan awam dan keluhuran undang-undang.

Sumber: X AGCPutrajaya