TERKINI: Peguam Negara Arah PDRM Gali Semula Kubur Zara Qairina Untuk Proses ‘Post Mortem’

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 7:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pihak berkuasa hari ini diarahkan untuk menggali smula jenazah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang dikebumikan selepas meninggal dunia didakwa akibat terjatuh dari bangunan asrama.

Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan beberapa arahan lain turut dikeluarkan bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Menurut AGC, keperluan untuk menggali semula jenazah Zara Qairina adalah bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM (polis Diraja Malaysia) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

image is not available

AGC turut berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Ia setelah AGC meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina.

image is not available 2025-08-07 10:51:05

"Seseorang Bocorkan Fail Siasatan" - Peguam Risau 'Plot Twist' Tentang Kematian Adik Zara Disebabkan Ibunya