
SANDAKAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sandakan merekodkan jumlah pengeluaran 13,921 saman atas pelbagai kesalahan dari Januari sehingga November tahun ini.
Pengarah JPJ Sabah, Mohd Harris Ali berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 17.75 peratus atau 2,377 kes kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara bagi kesalahan itu berbanding tempoh sama tahun lalu.
AdvertisementMohd Harris berkata demikian ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu yang dijalankan pada Batu 6, Jalan Utara pada malam Isnin.
Operasi Bersepadu tersebut turut dihadiri oleh Ketua Cawangan JPJ Sandakan, Joegeoffery Dyadmus bersama agensi penguatkuasa seperti polis, Jabatan Imigresen dan Lembaga Pengangkutan Kenderaan Perdagangan.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Operasi yang bermula jam 8 malam tersebut menyasarkan kesalahan seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan dan motor tamat tempoh, tiada insurans kenderaan serta melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran.
“Sebanyak 379 kenderaan telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu kali ini dan daripada pemeriksaan tersebut, kita telah mengeluarkan 139 saman pelbagai kesalahan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita juga menyita sebuah kereta dan tiga motorsikal. Selain itu, Jabatan Imigresen menangkap dua pemandu kenderaan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai sistem aplikasi MyJPJ, Mohd Harris menjelaskan JPJ Cawangan Sandakan telah menerima sebanyak 136 aduan berkaitan pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang tempoh Januari hingga November 2024.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Semua kes aduan ini telah diambil tindakan sewajarnya. Contoh aduan yang diterima melalui sistem aplikasi MyJPJ adalah memotong di garisan berkembar, menunggang motosikal tanpa topi keledar, memandu secara berbahaya dan masuk lorong tanpa isyarat. Kita akan panggil pelaku dan jika terbukti bersalah, kita akan keluarkan saman,” katanya.
Justeru, beliau menyeru semua rakyat agar menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai platform utama membuat aduan dengan lebih mudah dan cepat.
“Kita boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar berserta aduan di aplikasi MyJPJ, sekali gus membantu pihak JPJ mengambil tindakan pantas kepada pemandu yang tidak mematuhi undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan,” katanya.
Selain itu juga, JPJ Negeri Sabah akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada setiap agensi penguatkuasaan yang memerlukan bantuan dari masa ke masa agar proses penguatkuasaan dapat dilaksanakan.


