Jabatan Perhilitan Sahkan Penemuan Bangkai Seekor Harimau Belang Dalam Sungai Di Kelantan

29 Jun 2024 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bangkai seekor harimau belang telah ditemui petang semalam di Sungai Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Memetik laporan Bernama, penemuan bangkai haiwan itu telah ditemui oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berdekatan sungai itu.

Penemuan bangkai harimau itu juga telah disahkan oleh pihak Jabatan Perhilitan kerana pihak mereka telah menerima laporan berkaitan penemuan tersebut.

image is not available

Rata-rata warganet sedih dengan berita penemuan bangkai harimau belang itu kerana ramai risau jika kejadian seperti ini berulang lagi, spesies harimau belang di Malaysia boleh menghadapi kepupusan.

Menurut laporan Sinar Harian, tiada sebarang kesan kecederaan, tembakan atau jerat pada badan harimau itu setelah pemeriksaan awal oleh pihak berkaitan ke atas bangkai harimau itu dijalankan.

Namun, bangkai haiwan itu juga kemudiannya telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak untuk dibedah siasat.

Sumber: Bernama

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.