Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha perut merah di Empangan Klau

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 11:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jabatan Perikanan siasat dakwaan penemuan piranha perut merah di Empangan Klau
Tular di laman sosial berhubung penemuan spesimen ikan pemangsa yang biasanya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan oleh seorang pemancing tempatan di Empangan Klau.

KUANTAN - Jabatan Perikanan Pahang akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penemuan spesies ikan pemangsa invasif, piranha perut merah atau nama saintifiknya Pygocentrus nattereri di Empangan Klau, Raub.

Pengarahnya, Roslan Abu Hasan berkata, tindakan tersebut diambil susulan maklumat daripada seorang pemancing yang dilaporkan mendaratkan ikan berkenaan sebelum penemuan itu dikongsikan menerusi media sosial.

“Dakwaan ini mungkin betul atau mungkin ia tidak tepat, tetapi kita akan buat siasatan mengenai perkara ini esok.

“Saya sudah gerakkan anggota ke sana (Empangan Klau) bagi mengumpul maklumat lanjut serta mengesahkan penemuan ikan larangan di negara ini,” katanya pada Ahad.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial yang menggesa orang awam berwaspada susulan dakwaan penemuan spesimen ikan pemangsa yang biasanya ditemui di Lembangan Sungai Amazon, Amerika Selatan oleh seorang pemancing tempatan di kawasan empangan tersebut.

Hantaran itu turut mendakwa spesimen berkenaan berbeza dengan ikan piranha perut merah iaitu spesies yang pernah dilaporkan ditemui di perairan berkenaan sebelum ini.

Dakwaan penemuan piranha berkenaan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan kesannya terhadap ekosistem air tawar sekiranya spesies itu benar-benar berada di perairan empangan tersebut.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, pihaknya akan meneliti hasil siasatan berkenaan sebelum tindakan mitigasi sewajarnya diambil.

“Kami akan teliti perkara ini dan tindakan mitigasi akan diambil,” ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved