Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah komited tangani isu pembentungan di Penampang

12 Jul 2024 • 4:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) komited menangani isu-isu pembetungan di Daerah Penampang.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata JPPS melaksanakan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan aset pembentungan secara berkala dan apabila menerima aduan.

“Bagi aset pembetungan yang telah dikenal pasti sebagai kritikal di mana terdapat aduan berulang yang memerlukan kerja-kerja rutin operasi dan penyelenggaraan, pihak JPP Sabah akan merancang dan mengadakan kontrak operasi dan penyelenggaraan tiga tahun dan juga secara tahunan.

“Selain itu, terdapat juga aset pembetungan yang telah dikenal pasti sebagai kritikal dimasukkan dalam skop kerja di bawah program Skim Pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2024.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Terdapat sebanyak 23 buah projek di mana tujuan utama program ini adalah untuk menaik taraf dan membaik pulih aset sedia ada milik PBT yang telah diambil alih oleh JPP Sabah semenjak tahun 2015,” katanya.

Menurut Limus, di bawah program Skim Pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM10,931,085 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri pada 2024.

Dari segi peruntukan penyelenggaraan, JPPS diperuntukan sebanyak RM42,644,554 tahun ini.

Beliau menjawab soalan Adun Kapayan, Jannie Lasimbang berkaitan tindakan segera untuk menangani isu-isu pembentungan yang semakin serius serta penambahan kakitangan JPPS dalam sesi soal jawab untuk jawapan Lisan.

Mengenai kakitangan JPPS Penampang, kata Limus, JPP Sabah menyedari tentang peningkatan jumlah aduan yang diterima pada tahun ini berbanding tahun lepas, selain penerimaan aset tambahan dari PBT bagi Daerah Penampang.

“Langkah-langkah proaktif dengan menambah baik organisasi di JPP Penampang telah diambil, selain menggantikan Pegawai Kerja Pembetungan Daerah, J29 (PKPD) kepada Jurutera Daerah, J41 (JD).

“Ini bagi membolehkan JPP Penampang dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menangani setiap aduan dengan cepat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.