Tindakan tegas jika langgar integriti: Amaran kepada penjawat awam Sabah

26 Jun 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

Kota Kinabalu: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) memaklumkan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat anggota perkhidmatan awam negeri dikenali pasti melakukan kesalahan melanggar integriti.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata, beliau meminta kementerian dan jabatan berkaitan untuk melihat aduan-aduan yang dilaporkan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Sekiranya ada anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam apa juga salah laku, tindakan haruslah diambil selaras dengan peraturan-peraturan di dalam perkhidmatan awam.

“Secara umumnya, kita selaku anggota perkhidmatan awam mempunyai disiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Hal ini kerana semua anggota perkhidmatan awam berkewajiban memastikan mereka melaksanakan peranan tugas dan tanggungjawab mengikut disiplin yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Mereka tidak boleh melakukan apa sahaja perkara yang bercanggah dengan peraturan kerana budaya kerja berintegriti sangat penting dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat (CSR) Sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam 2024 di Cheshire Home Likas pada Selasa.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Rosalind @ Roslina Bumpin.

Dalam itu, ditanya mengenai wujudnya dakwaan terdapat penjawat awam Sabah dipercayai bersubahat dengan sindiket penipuan kehilangan wang dalam akaun pelanggan salah sebuah bank tempatan, baru-baru ini, Zainudin enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, satu tangkapan baharu melibatkan seorang wanita berusia 40an yang juga penjawat awam, baru-baru ini antara disyaki terjerat dengan salah seorang suspek yang juga tunangnya dalam sindiket kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan sebuah bank berjumlah RM24.2 juta.

Sementara itu, Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Rosalind @ Roslina Bumpin berpendapat penganjuran program CSR seperti dibuat oleh pihaknya dilihat perlu dilaksanakan lebih banyak pertubuhan dan kelab-kelab jabatan perkhidmatan awam di Sabah.

“Saya rasa program ini amat sesuai dijalankan kerana sebagai perkhidmatan awam, kita bukan sahaja bekerja di jabatan malahan boleh berkomunikasi dengan org luar khususnya golongan yang memerlukan.

“Dengan ini, kita tahu cara kehidupan mereka dan membantu daripada pelbagai aspek.

“Kita berharap bukan saja persatuan ini sahaja yang dapat menjalankan CSR seumpama ini tetapi pertubuhan-pertubuhan dan kelab dari jabatan lain turut menjalankan pendekatan sama sebagai salah satu aktiviti berfaedah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.