Jabra PanaCast Room Kit Dilancarkan Pada Harga Bermula RM35,000

LocalTechnology
14 Apr 2026 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabra PanaCast Room Kit Dilancarkan yang terdiri dari beberapa komponen yang berbeza iaitu PanaCast 55 VBS video bar, PanaCast SpeakerMic dan juga Huddly L1. Apabila menggabungkan ketiga-tiga komponen ini ia boleh menjadikan setiap mesyuarat anda lebih produktif. 

image is not available

Sistem ini dilengkapi teknologi AI yang mampu memfokuskan individu yang sedang bercakap serta memastikan kualiti audio yang jelas untuk semua peserta. Ia sesuai untuk mesyuarat hibrid, di mana sebahagian peserta berada dalam bilik dan sebahagian lagi menyertai secara jarak jauh, menjadikannya solusi profesional yang praktikal dan efisien untuk organisasi. 

image is not available
image is not available

Selain itu, sistem ini juga direka untuk pemasangan yang mudah dan pengurusan yang efisien, menjadikannya pilihan ideal bagi syarikat yang ingin meningkatkan pengalaman mesyuarat tanpa kerumitan teknikal. Dengan reka bentuk all-in-one dan prestasi yang konsisten, ia membantu memastikan setiap sesi perbincangan berjalan lancar, produktif dan lebih interaktif.

image is not available

Jabra PanaCast Room Kit ini akan tersedia di pasaran Malaysia pada suku kedua tahun 2026 dan Jabra juga akan turut memberikan pilihan dengan tambahan kamera Huddly L1 untuk mereka yang mempunyai organisasi yang lebih besar. Dari segi harga, ia akan dijual pada tanda harga bermula RM35,000 sehingga RM75,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved