JACAR x SISTER GESHA COFFEE: Nikmati Kopi Premium Sambil Kereta Dijaga di Bandar Utama

CarsFood
20 Aug 2026 • 9:37 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: JACAR x SISTER GESHA COFFEE: Nikmati Kopi Premium Sambil Kereta Dijaga di Bandar Utama

Pernah tak rasa bosan bila kena tunggu kereta dicuci atau dihantar untuk detailing? Selalunya masa tunggu itulah yang rasa paling lama. Tapi kini, pemilik kenderaan di sekitar Bandar Utama ada tempat santai baharu menerusi gabungan JACAR dan SISTER GESHA COFFEE!

Menerusi konsep one-stop coffee centre di JACAR Bandar Utama, anda tidak perlu lagi duduk terperuk di ruang menunggu biasa. Masa yang ada boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat, buat kerja, atau sekadar lepak menikmati kopi dalam suasana kafe yang selesa.

Servis Automotif & Detailing Premium di JACAR Bandar Utama

Bila cerita pasal penjagaan kereta, JACAR Bandar Utama memang membawa jenama-jenama terkemuka dunia untuk memastikan kenderaan anda mendapat sentuhan terbaik:

  • Auto Detailing & Cucian Kenderaan: Menggunakan produk terkemuka daripada GS27 Malaysia untuk pembersihan luaran dan dalaman yang betul-betul bersih serta berkilat..
  • Lapisan Perlindungan (Coating): Perkhidmatan coating dan perlindungan cat berprestasi tinggi menggunakan kepakaran dan teknologi dari KeePer.
  • Pemasangan Filem Penapis Haba Premium (Tinted): Pemasangan filem penapis haba berkualiti tinggi daripada jenama terkemuka, LLumar.

Pengalaman Kopi ‘Pour Over’ & Menu Sedap di SISTER GESHA COFFEE

Sambil kereta anda dijaga rapi oleh tenaga pakar di JACAR, anda boleh terus ke ruang SISTER GESHA COFFEE. Buat peminat kopi, jangan lepaskan peluang mencuba pengalaman kopi pour over menggunakan biji kopi (single origin) khas dari Indonesia, Ethiopia, dan Kenya yang kaya dengan rasa serta aroma unik.

Antara menu lain yang turut disediakan termasuk:

  • Kopi Kraf (Craft Coffee): Pilihan Espresso, Black (Americano/Long Black), Piccolo Latte, White (Latte/Flat White/Cappuccino), dan Mocha (boleh tukar ke Oat Milk jika mahu).
  • Coklat & Matcha: Minuman Coklat Krakakoa (Blend 55%/70% & Single Origin Bali/Sulawesi/Sumatra/Lore Lindu) serta Matcha premium seperti Reiko Matcha, Rin Houjicha, dan Kyo Ceremonial Matcha.
  • Pastri & Kuki Segar: Pelbagai pilihan pastri seperti French Croissant, Pain Au Chocolate, Smoke Chicken Ham Croissant, Pistachio Pain Suisse, Muffin (Belgium Chocolate/Vanilla), serta Kuki Chocolate Hazelnut dan Almond Mocha.

Masa Menunggu Jadi Lebih Best dan Produktif

Gabungan JACAR dan SISTER GESHA COFFEE di Bandar Utama ini membuktikan urusan penjagaan kereta kini boleh jadi sebahagian daripada gaya hidup santai. Masa menunggu bukan lagi satu beban, kereta siap berkilat, hati pun tenang dapat layan kopi dan pastri sedap!

The post JACAR x SISTER GESHA COFFEE: Nikmati Kopi Premium Sambil Kereta Dijaga di Bandar Utama appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved