Jackpot Tertinggi Di Malaysia, Empat Pemenang Jadi Jutawan Sekelip Mata Peroleh RM121 Juta

20 Jan 2025 • 3:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jackpot RM121 Juta Pecah Rekod di Malaysia

Jackpot Tertinggi Di Malaysia, Empat Pemenang Jadi Jutawan Sekelip Mata Peroleh RM121 Juta. Empat rakyat Malaysia bertuah kini bergelar jutawan selepas berkongsi hadiah kemenangan bernilai RM121 juta dari permainan Supreme 6/58 Jackpot Game oleh Sports Toto, menjadikannya jackpot tertinggi dalam sejarah Malaysia!

Berita ini disahkan oleh Sports Toto Malaysia dalam satu hantaran media sosial mereka malam tadi dengan ucapan, “Tahniah kepada pemenang Supreme Jackpot kami!”

Pemenang Jackpot Paling ‘Gila’

Dengan peningkatan luar biasa dalam pembelian tiket, nilai jackpot melonjak dari RM100 juta pada Jumaat lalu ke RM121 juta, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak RM97.75 juta pada tahun 2022.

Dalam hantaran Facebook mereka, Sports Toto mengumumkan bahawa tiga pemenang akan membawa pulang sebanyak RM34.92 juta setiap seorang, manakala seorang lagi membawa pulang RM16.96 juta.

Barisan Panjang & Kisah Pelik

Suasana semalam penuh semangat apabila rakyat Malaysia berpusu-pusu ke cawangan Sports Toto di seluruh negara. Beberapa netizen berkongsi gambar dan video barisan yang dikatakan seperti “ular” sejauh bermeter-meter.

Bukan itu sahaja, beberapa kejadian aneh turut dirakam. Antaranya, seorang pemain dilihat berpakaian seperti Cai Shen, Dewa Kekayaan dalam budaya Cina. Namun, paling mengejutkan adalah seorang individu yang membawa ular bersama, mungkin berharap “aura Tahun Ular” akan membawa tuah besar!

Fenomena Jackpot di Sarawak

Di Sarawak, pemandangan serupa turut dilaporkan. Para pemain dilihat tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib mereka memenangi hadiah terbesar dalam sejarah Malaysia ini.

Senarai Pemenang

A. RM34,923,156.10 (3 winning tickets)
-Pandan Jaya
-Seremban
-Klang

B. RM997,804.20 (17 winning tickets)
-4 (SS2 PJ)
-6 (Desa Hartamas)
-1 (Seri Kembangan)
-1 (Puchong)
-1 (Jln Tun HS Lee)
-1 (Jln Tun Sambathan)
-1 (Setapak)
-1 (Cheras)
-1 (Kulai JB)

Baca juga cerita menarik di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved