Stano akui kecewa

FootballSports
20 Jan 2025 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah FC, Martin Stano mengakui kecewa selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan pemenang empat kali Sri Pahang FC pada aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Stadium Likas malam Sabtu.

Harapannya sebelum perlawanan untuk mendapatkan gol sebanyak nyaris lebur pada tempoh awal apabila pelawat mampu menembusi pertahanan Sabah FC dan mencipta kekacauan di dalam kotak penalti.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagaimanapun, Damien Lim di gawang beraksi baik untuk menafikan percubaan gol mereka dan bertentangan arus permainan, Stuart Wilkin meletakkan Sabah FC di depan dengan satu jaringan yang baik pada minit ke-10 selepas pemain Sri Pahang kehilangan bola di bahagian tengah.

Ia adalah persembahan yang lebih baik daripada Sabah FC selepas perlawanan disambung tetapi mereka masih tidak dapat mencari gol kedua untuk melebarkan kedudukan mereka.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kegagalan untuk menjaringkan gol terbukti membawa padah apabila kapten Sri Pahang, Kpah Sherman menyumbat gol penyamaan pada minit ke-66 selepas memulakan gerakan itu sendiri dari bahagian tengah.

Walaupun Manuel Hidalgo dibuang padang pada minit ke-70 kerana mencederakan kaki Darren Lok, Sabah FC gagal memanfaatkan peluang tersebut dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ia bukanlah keputusan yang kami inginkan. Kami berharap untuk memenangi perlawanan bagi mendapat kelebihan sebelum perlawanan timbal balik terutamanya di laman sendiri. AKSI Stuart sebelum menjaringkan gol pembukaan.

“Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama walaupun kami menjaringkan gol dan mendahului. Kami tidak menyimpan bola dengan baik dan terlalu tergesa-gesa melakukan hantaran.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Separuh masa kedua, kami bermain lebih baik tetapi malangnya kami dibolosi. Sejujurnya walaupun berkelebihan seorang pemain kami tidak mencipta peluang yang cukup jelas.

“Kami agak kurang bernasib baik dan kami perlu belajar daripada ini dan pastikan untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol kerana ini adalah satu-satunya cara untuk menang.

“Kami masih mempunyai satu lagi peluang di Pahang. Ia tidak akan mudah tetapi peluang masih 50-50. Tiada yang mustahil dan jika kami berjaya di sana, kami masih boleh menang,” katanya selepas perlawanan.