Pengacara Intan Suraya meminta mana-mana pihak yang masih berkongsi video lamanya ketika belum berhijab supaya memadamkan kandungan tersebut.
Menurut Intan, sejak kebelakangan ini namanya sering ditag menerusi sebuah video lama ketika dia mengendalikan program televisyen suatu ketika dahulu.
Advertisement
Katanya, dia terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas melihat semakin ramai pengguna media sosial berkongsi semula rakaman berkenaan.
“Baru-baru ini ramai tag nama saya atas sebuah video yang saya pernah mengacara suatu ketika dulu. Lama dah. Bila makin ramai tag, saya terpanggil untuk beritahu sesuatu.
“Intan Suraya sekarang dah tak sama macam dulu. Intan Suraya pengacara dulu tu tak pakai tudung, sekarang ini saya dah pakai tudung dan sedang berusaha untuk istiqamah serta mendalami kehidupan lebih baik berbanding dulu,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Intan menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform Threads miliknya.
Harap Orang Ramai Lebih Berhati-Hati Kongsi Kandungan Lama
Dalam video sama, Intan turut memaparkan potongan klip pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan mengenai hukum berkongsi foto lama seseorang ketika tidak menutup aurat.
View this post on Instagram
Justeru, Intan berharap perkongsian itu dapat menjadi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan semula kandungan lama yang melibatkan aurat seseorang.
“Jadi kepada sesiapa yang post video saya tak berhijab dulu, ini ada kata-kata daripada ustaz untuk peringatan kita bersama. Ha dengar tak tu? Jadi apa lagi, padamlah video itu.
“Dengan peringatan ini semoga kita sama-sama dapat menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan dirahmati, diampuni dan dipermudah segala urusan. Jangan marah ya,” ujarnya.
Untuk info, Intan merupakan bekas pengacara televisyen TV3 yang popular sekitar era 2000-an.
Antara program yang pernah dikendalikannya termasuk Sinaran Pasport Kegemilangan, Pop Kuiz dan Muzik Muzik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Purdah Bukan Wajib, Kalau Saya Tak Nak Pakai Saya Bukalah" - Amyza Aznan
The post “Jadi Apa Lagi? Padamlah Video Tu” – Pengacara TV Intan Suraya Minta Netizen Jangan Muat Naik Video Lama Miliknya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




