Jadi ‘bodyguard’ jaga rumah kita – Mizma

Politics
8 Jul 2024 • 3:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) khususnya di Bahagian Silam diminta agar menjadi ‘bodyguard’ bagi mempertahankan ‘rumah’ mereka.

Ketua PGRS Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, penting bagi setiap ahli untuk menggalas tanggungjawab menjaga rumah iaitu parti agar tidak diusik oleh anasir-anasir luar.

Mizma berkata, musim Pilihanraya Negeri (PRN) semakin dekat dan pasti akan banyak agenda atau tohmahan yang akan dilemparkan oleh pihak lain bagi melemahkan parti.

“Kita harus saling mengeratkan perpaduan dan menjadi ‘bodyguard’ untuk jaga rumah kita agar tidak dimasuki oleh agenda-agenda yang boleh memprovokasi keutuhan parti kita.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Fokus kepada gerak kerja kita dan terus perkasakan gerak kerja serta jentera kita agar kita sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga,” katanya.

Mizma berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Cawangan Berkelompok bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Silam, Ahad.

Mizma dalam ucapannya berkata, PGRS kini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada rakyat, justeru itu pasti ada pihak yang akan berusaha untuk menjatuhkan parti.

Katanya, bagi memastikan parti terus utuh, para ahli khususnya di peringkat akar umbi harus saling bersatu dan bekerjasama.

“Bekerjalah mengikut perancangan dan strategi yang telah kita rangka, fokus kepada gerak kerja kita dan utamakan kepentingan parti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mizma menzahirkan rasa syukur atas kelancaran mesyuarat cawangan yang diadakan secara serentak bagi cawangan-cawangan di PDM Silam.

Katanya, kelancaran mesyuarat yang melibatkan 13 cawangan menunjukkan kesepakatan dan kesatuan ahli-ahli parti.

Beliau juga berharap agar mesyuarat ini dapat menjadi wadah untuk para ahli merapatkan jalinan kerjasama dan silaturahim demi keutuhan parti.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.