Jadi Bualan Ramai, Video Penggambaran Provokatif Byun Wooseok Pada Masa Lalu Tular

Entertainment
8 Jun 2024 • 12:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nama Byun Woo-seok sekali lagi telah menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Terkini, tular diatas talian selepas seorang peminat memuat naik foto dan video penggambaran lama pelakon “Lovely Runner” itu.

Di mana, penggambaran yang dilakukan pada 2016 itu merupakan kerjasama diantara satu jenama pakaian renang dengan hotel terkenal di Maldives. Dalam hantaran tersebut, Byun Woo-seok telah dilihat mendampingi model terkenal Australia iaitu Amanda Ware.

Dengan hanya memakai seluar renang pendek, pelakon lelaki itu telah melakukan pelbagai gaya yang kelihatan provokatif seperti memeluk model wanita itu dari belakang sambil mendekatkan wajahnya pada telinga model tersebut.

Malah, pelakon itu juga dilihat meniarap sambil memeluk dan meletakkan kepalanya di perut model tersebut di tepian pantai.

Selepas hantaran itu dibuat, ianya langsung menjadi bualan ramai sehingga berjaya mendapat lebih 1.5 juta tontonan.

Terkejut kita tengok video tu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.