“Byun Wooseok & Kim Hyeyoon Banyak Berkorban..” – Jung Youngjoo Dedah Kesukaran Rakam ‘Lovely Runner’

Entertainment
6 Jun 2024 • 12:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pelakon “Lovely Runner” telah berkongsi pengalamannya ketika penggambaran diadakan.

Terbaru, Jung Young-joo yang memegang watak sebagai ibu kepada Im Sol dalam “Lovely Runner” telah menceritakan kesukaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang penggambaran berlangsung.

Mengambil masa hampir setahun untuk menghabiskan penggambaran, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa mereka hanya diberikan masa selama 4 jam setiap hari untuk berehat sebelum penggambaran dimulakan semula.

Malah, pelakon-pelakon drama itu juga perlu bergilir-gilir pergi ke hospital untuk mendapatkan drip IV.

image is not available

Mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh para pelakon, Jung Young-joo turut memuji Byun Woo-seok dan Kim Hye-yoon.

Katanya,

Sejujurnya, mereka banyak sangat berkorban untuk drama ini. Mereka berdua rakam adegan berenang, pergi ke tasik di tengah malam dan lakukan penggambaran dalam hujan meskipun ianya musim sejuk.

Walaupun bukan saya yang lahirkan atau besarkan mereka, saya rasa bangga sangat dengan Byun Woo-seok dan Kim Hye-yoon. Saya akan sentiasa menyokong mereka.

Sekarang semua pengorbanan mereka dah dibalas dengan kejayaan luar biasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.