“Jadi core memory sampai sekarang” – Lisa Surihani Dedah Pernah Dibuli Sebab Pelat ‘R’

Entertainment
28 Jun 2024 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain dikenali dengan lakonan hebat dari aktres jelita ini, Datin Lisa Surihani juga sering diusik kerana mempunyai masalah pelat sebutan huruf ‘R’.

Lisa Surihani baru-baru ini berkongsi kisah dia pernah dibuli sewaktu kecil gara-gara mempunyai masalah menyebut huruf ‘R’.

Kongsinya bersama penyampai radio Era, Lisa menyatakan dia menyedari susah menyebut huruf ‘R’ sejak tadika lagi dan pernah digelak oleh rakan-rakan kelasnya.

“Masa tadika dulu, saya perlu menyebut nama warna. Nama warna tu adalah merah jambu. Lepas sebut tu tiba-tiba kawan cakap, ‘Hah? Merah jambu! Hahahahaha’.

“Siap berekor-ekor, bergema-gema gelak mereka. Saya ingat lagi… dia jadi core memory saya sampai sekarang ni,” ujarnya.

@era.je

@lisasurihani kongsi cerita dia kena buli waktu kecil sebab pelat sebut huruf “R”. Comel apa!! Sampai hati eh buli orang pelat #3PagiERA #radiono1palinglegit

♬ original sound – ERA – ERA

Menurut pelakon Istanbul Aku Datang itu lagi, walaupun menyedari mempunyai masalah sebutan huruf ‘R’ sejak kecil, Lisa tidak pernah berjumpa pakar terapi pertuturan untuk merawat masalah pelat.

Dalam pada itu, Dr. Wan Najib memaklumkan masalah pelat ini boleh dirawat walaupun individu itu sudah dewasa dengan kerap berlatih.

Mengulas lanjut, Lisa meluahkan niat untuk memperbetulkan sebutan ‘R’ kerana mahu memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran.

“Walaupun ada kekurangan, apa yang mampu kita perbaiki, kita cuba,” katanya.

Tapi bagi min, comel juga orang yang pelat R ni…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article