Jadi hos ABPBH 36, Keith Foo hadiahkan Riena Diana iPhone

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Keith Foo hadiahkan Riena Diana iPhone sempena kejayaannya menggalas tanggungjawab sebagai hos acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang akan berlangsung pada 11 Oktober depan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Keith Foo hadiahkan Riena Diana iPhone

Menerusi hantaran dimuat naik Riena atau nama penuhnya Nur Qamarina Diana Zulreal di TikTok, dilihat dia sedang memegang sebuah kotak telefon pintar jenama terkemuka, iPhone yang dihadiahkan oleh kekasih hati, Keith Foo di dalam sebuah kereta.

Dalam video itu, aktres berusia 28 itu seakan tidak percaya menerima hadiah sebuah iPhone 16 Pro Max daripada kekasihnya.

“Ini adalah untuk pencapaian dalam teater dan ABPBH sebagai hos. This is your present. Maaf lambat sikit,”ujar Keith Foo.

Sweetnya dapat iPhone

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira melihat pelakon drama bersiri Kampung People itu menerima hadiah penghargaan berupa iPhone.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk pengetahuan, status percintaan Riena Diana dan Keith Foo bukan lagi rahsia kerana masing-masing menjalinkan hubungan istimewa ketika penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

Bagaimanapun, Riena dan Keith masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat memandangkan mereka mahu fokus terhadap karier masing-masing.

Sekadar info, Keith pernah berkahwin dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun memilih jalan untuk berpisah pada 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Skylar, 7.

Sumber: TikTok rienadiana_