Jadi model telekung, air mata Ira Kazar gugur -“Ku hanya wanita yang ingin dijaga”

2 Sep 2023 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih lagi menjadi bualan ramai selepas dia muncul dalam video promosi produk keluaran usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri sehingga mengundang kritikan ramai.

Mana tidaknya, segala kelakuan dan tindakan Ira Kazar yang sebelum ini dilaporkan menjadi orang ketiga memusnahkan rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana dengan bekas suami, Syamsul Yusof masih lagi segar dan berlegar-legar diingatan mereka.

Ira Kazar menangis, dengar lagu Bukan Aisyah Bukan Khadijah

Terbaharu, hantaran dikongsikan oleh usahawan bernama Aliff Syukri Kamarzaman kelihatan Ira sedang menangis ketika sesi fotografi telekung jenamanya dan ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut berada di situ.

Usahawan berusia 36 tahun itu berkata, dia tidak menyangka air mata Ira Kazar menitis gara-gara mendengar sebuah lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Khadijah yang dipopularkan oleh penyanyi, Iren Lafebian.

“Tak sangka waktu sesi fotografi, Ira Kazar menitiskan air matanya secara tiba-tiba kerana mendengar lagu ini. Dan terus ditenangkan oleh kaum keluarganya,”ujar Aliff.

Sementara itu, Aliff menegaskan dirinya tidak menyokong mana-mana pihak, baik Puteri Sarah mahupun Ira Kazar. Katanya, apa yang dilakukannya itu adalah sekadar mahu berkongsi rezeki dengan semua orang.

Tak suka, dia provoke Puteri Sarah dulu

Seperti dijangka, hantaran itu menerima pelbagai jenis reaksi di mana ramai tidak setuju apabila melihat usahawan itu mengambil Ira kazar sebagai alat pemasaran.

Bahkan, mereka juga sedikit pun tidak termakan dengan air mata Ira Kazar selepas mengimbau semula segala kelakuan yang telah dilakukan oleh anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi terhadap Puteri Sarah sebelum ini.

image is not available

Air mata Puteri Sarah lagi banyak mengalir

image is not available image is not available

Sampai akhir hayat digelar perampas!

image is not available image is not available

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris