Jadi Rider Hantar Makanan, Pasangan Warga Emas Ini Buat Netizen Sebak

6 Oct 2023 • 1:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen sebak tengok pasangan warga emas jadi rider penghantar makanan

Jadi Rider Hantar Makanan, Pasangan Warga Emas Ini Buat Netizen Sebak. Baru-baru ini, satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik video mengenai kegigihan sepasang warga emas menunggang motosikal menjadi rider menghantar makanan.

Menerusi perkongsian rakaman di aplikasi TikTok itu, si isteri dilihat membonceng motosikal suaminya dan menunggu dengan tenang.

image is not available
Sumber: tiktok

Netizen sebak dan sedih melihat keadaan warga emas tersebut

Memetik sumber, susulan rakaman yang berdurasi 11 saat itu, rata-rata pengguna media sosial berasa sedih dan sebak melihat pasangan warga emas yang masih rajin mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

“Saya kenal pak cik ini. Mereka selalu bersama dan suaminya itu sering memakaikan topi keledar kepada isterinya,” komen salah seorang pengguna media sosial di laman TikTok itu.

image is not available
Sumber: tiktok

Demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia

“Di TikTok ini boleh lihat kesulitan untuk kelangsungan hidup yang dihadapi rakyat Malaysia. Semoga mereka dikurniakan rezeki yang tidak putus seperti air zam zam,” ujar lagi seorang netizen.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut meluahkan rasa berang dan mempersoalkan mengapa membiarkan orang tua tersebut menunggu lama.

“Kita ni kalau membuat pesanan Grab, turunlah awal untuk ambil makanan. Kadang-kadang kesian juga penghantar pesan Grab tunggu kita lama,” kata netizen lagi.

@ayiebenzo

Ya Allah sedihnya tengok…miga pakcik dengan makcik ni dimurahkan rezeki #ayiebenzo #ayiebenzo #fypシ゚viral

♬ Lewat semesta YOGIE NANDES – Yogie Nandes

“Walaupun kosong, tapi bag Grab tu berat tau,” ujar seorang lagi pengguna media sosial menerusi laman TikTok itu.

Baca juga artikel yang berkaitan: