“Jadi Ruhainies kena curang juga ke? Dah boleh kot cancel dari industri” – Netizen

Entertainment
22 Apr 2024 • 12:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Susulan pendedahan seorang wanita berkenaan hubungannya dengan pelakon Aliff Aziz, ramai netizen mempersoalkan adakah aktres Ruhainies kena curang oleh aktor itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, wanita yang bernama Sarah Yasmin itu berkata dia telah menjalinkan hubungan bersama Aliff sejak Januari tahun ini.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Memang kedengaran agak mengejutkan semua pihak, tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan,” katanya.

Selain daripada dirinya, Sarah turut mendakwa bahawa Aliff turut mempunyai hubungan kekasih bersama Ruhainies selepas dia terbaca perbualan antara kedua-dua pelakon itu.

image is not available

“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya cas telefon Aliff dan kebetulan pagi itu Aliff terlupa untuk kunci telefon dan masih menyala.

“Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di WhatsApp bertulis ‘NRF’ iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.

image is not available

“Saya agak terkejut melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa yang sama dia bercinta dengan saya. Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff,” luahnya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di X, beberapa individu berseloroh dan mempersoalkan sama ada Ruhainies kena curang semasa dia bersama dengan Aliff.

Jadi, Ruhainies kena curang jugak??

image is not available

Kena curang jugak ke hahaha

image is not available

Penyondol kepada penyondol

image is not available

Kena tipu hidup-hidup Ruhainies

image is not available

Ruhainies ni apa pula?

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warga maya di X yang mahu Ruhainies dan Aliff dibuang dari industri hiburan disebabkan kontroversi ini.

Tolong ban Ruhainies dengan Aliff dari TV

image is not available

Dah boleh cancel Ruhainies

image is not available

Kalau saya jadi Ruhainies, saya tak muncul dah

image is not available

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Sarah telah memuat naik beberapa foto memaparkan pengakuan serta video sebagai bukti hubungannya bersama Aliff.

Pada masa yang sama, Sarah turut mendakwa Ruhainies juga merupakan dalang disebalik rancangan untuk menjatuhkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah.

Sumber: X, Instagram Sarah Yasmin