Jadi Suami Isteri, Yoo Yeonseok & Chae Soobin Dilamar Terajui ‘The Number You Have Dialed’

14 Mar 2024 • 9:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Yoo Yeon-seok dan Chae Soo-bin dalam drama baru!

Pada 13 Mac, media melaporkan bahawa Yoo Yeon-seok dan Chae Soo-bin telah ditawarkan watak utama dalam drama baru berjudul “The Number You Have Dialed”.

Respon agensi mereka,

Mereka telah menerima tawaran untuk membintangi drama itu dan sedang menyemaknya.

image is not available

Berdasarkan novel web dengan nama yang sama, drama ini menggambarkan percintaan ghairah pasangan, yang bermula dengan panggilan telefon yang mengancam.

Jika mereka menerima tawaran ini, Yoo Yeon-sok dan Chae Soo-bin dijangka akan memainkan watak sebagai pasangan suami isteri.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama “The Number You Have Dialed”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.