‘Jadikan Kaamatan titik mula lonjak ekonomi’

6 May 2024 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

KUALA PENYU: Jadikan sambutan Pesta Kaamatan sebagai titik permulaan untuk melonjakkan tahap ekonomi diri dan masyarakat demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

“Sambutan Pesta Kaamatan yang kita raikan setiap tahun adalah peringatan kepada semua pihak untuk bekerja lebih gigih bagi meningkatkan kejayaan dan seterusnya memelihara keterjaminan sumber makanan di negeri ini.

“Ia amat bertepatan dengan tema Kaamatan tahun ini, iaitu ‘Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan’, di mana tema ini merujuk kepada kepentingan dan implikasi yang lebih mendalam dalam memastikan keterjaminan makanan melangkaui isu memenuhi keperluan asas pemakanan,” katanya.

Secara tradisinya, kata James, Pesta Kaamatan merupakan antara peluang terbaik untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan kekitaan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan rakyat daripada masyarakat Kadazandusun, Murut, Rungus (KDMR).

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Malah kepelbagaian dan keunikan adat dan budaya tempatan turut dirasai dan dikongsi oleh masyarakat pelbagai suku, agama dan budaya di negeri ini.

“Sememangnya kita amat bersyukur kerana walaupun masyarakat kita terdiri daripada pelbagai suku dan kaum, kita dapat hidup dalam suasana tenang, aman dan harmoni,” katanya.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu yang diadakan di Dewan Dato’ Shah Bandar Makang, Kuala Penyu pada Sabtu.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Adun Kuala Penyu Datuk Limus Juri, kerana sudi menjemputnya merasmikan Majlis Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2024.

Sementara itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang wujud hari ini kerana sentiasa komited untuk meningkatkan lagi taraf sosioekonomi rakyat dengan memacu pembangunan di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan Kuala Penyu.

“Usaha ini dijayakan melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan agenda di bawah kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Justeru, besar harapan saya agar bersama-sama kita dapat mengekalkan semangat positif ini kerana ia memberi sumbangan besar dan bermakna kepada kestabilan politik dan pembangunan ekonomi dalam pelbagai bidang khususnya di daerah Kuala Penyu.

“Apa yang penting rakyat sentiasa memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan membela nasib rakyat dengan memastikan setiap pelaksanaan program pembangunan yang dirancang dapat berjalan lancar,” katanya.

James merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutama pengerusi dan ahli jawatankuasa pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.