Jadikan Kesusahan Dan Air Mata Orang Lain Untuk Kutip Dana Awam, Kekayaan Sendiri

13 Jul 2024 • 12:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kutipan dana

Rasanya semakin ramai yang sedar tentang penipuan dalam derma atau kutip dana yang dilakukan beberapa agensi. Mereka ini kebanyakannya akan menunggang agama semata-mata ingin menarik minat orang awam untuk memberikan sumbangan.

Tindakan pihak ini amat tidak bertanggungjawab yang akhirnya hanya ingin mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Namun, tidak dinafikan masih banyak agensi yang jujur dalam menjalankan tanggungjawab ini tetapi sudah pasti apa yang berlaku ketika ini turut mencemarkan imej dan keyakinan orang untuk terus menyumbang.

Jadikan kesusahan dan air mata orang lain sebagai modal menarik minat orang lain menyumbang…

Dulu, mungkin kita sering dengar slogan seperti ‘mahu kaya seperti saya’ yang mempromosikan skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau skim ponzi.

Kini, kita tidak boleh nafikan bahawa wujud pihak yang memperkudakan atas nama projek ‘demi agama’ dalam mengumpul dana awam namun pada masa sama, mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Golongan ini bijak menjual cerita air mata pihak tertenntu, manipulasi sifat empati rakyat negara ini dan beberapa kaedah lain untuk meningkatkan kutipan dana.

Mereka ini akan menggunakan apa sahaja cara yang mudah untuk mendapatkan kepercayaan seperti melakukan kutipan untuk korban, pusat tahfiz, anak yatim, mangsa banjir, dan termasuklah bencana yang dialami saudara kita di Palestin.

Apapun, kita sebagai orang awam perlu menjadi lebih bijak untuk memastikan saluran derma itu benar dan sampai ke pada pihak yang memerlukan.

image is not available

Jap!