OnePlus Nord 4 Akan Menerima Sokongan Kemas Kini 4+6 Tahun

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sokongan kemas kini Android sekarang amat penting di mata orang ramai kerana ingin memiliki sebuah peranti yang benar-benar berbaloi untuk dibayar dengan wang simpanan. Bertahun lamanya kemas kini paling baik adalah pada iPhone tetapi kini peranti Android kemas kini 7 tahun sudah boleh dimiliki.

image is not available

Terbaru, OnePlus Nord 4 disahkan akan menerima sokongan kemas kini yang paling lama dalam sejarah peranti OnePlus. Ia akan menerima 4 kemas kini generasi Android dan 6 tahun kemas kini tampalan sekuriti. Ini adalah lebih lama berbanding peranti mercu mereka OnePlus 12 yang terhad kepada 4+5 tahun sahaja. Ini adalah perkara baik untuk peranti kelas pertengahan kerana akhirnya wujud yang mempunyai sokongan kemas kini yang lama. Kebiasaannya adalah sekitar 3 tahun sahaja.

OnePlus pernah menyatakan mereka tidak akan menawarkan kemas kini seperti Samsung atau Google iaitu sehingga 7 tahun. Jadi, kemas kini 4+6 tahun ini mungkin yang paling baik mereka boleh tawarkan. Adakah anda akan membeli Nord 4 jika ia dijual di Malaysia? Ia akan dilancarkan pada 16 Julai nanti. Sama-sama kita nantikan.