Jadual Cuci Tandas Dilaksanakan di Semua Sekolah Mulai Minggu Hadapan

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 10:54 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jadual Cuci Tandas Dilaksanakan di Semua Sekolah Mulai Minggu Hadapan

Cuci tandas sekolah bukan lagi sekadar isu kebersihan semata-mata, tetapi kini menjadi pendekatan penting dalam membentuk disiplin dan jati diri pelajar.

Dalam usaha memastikan tandas sekolah sentiasa bersih dan selesa digunakan, penglibatan pelajar dalam aktiviti pembersihan dilihat sebagai langkah yang berkesan serta memberi nilai pendidikan yang tinggi.

Arahan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sekolah di negara ini menyediakan jadual mencuci tandas yang melibatkan pelajar.

Jadual ini dijangka bermula minggu hadapan dan akan melibatkan semua pelajar tanpa pengecualian. Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga di samping melatih pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa latar belakang bukan alasan untuk mengelak daripada melakukan kerja tersebut.

Katanya, “Siapa kita, kita anak orang kayangan, kita anak orang golongan maha kaya, kita rakyat kalau orang biasa cuci kenapa anak-anak yang mempunyai semangat tidak tak boleh cuci tandas sendiri.”

Kredit: BERNAMA TV

Pengalaman dan Teladan

Mengimbau pengalamannya semasa belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa setiap kelas mempunyai jadual giliran mencuci tandas asrama dan sekolah.

Amalan ini sudah lama diamalkan dan terbukti berkesan dalam membentuk disiplin pelajar.

Beliau mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menghidupkan semula sistem tersebut supaya pelajar masa kini dapat merasai pengalaman yang sama dalam membina jati diri serta semangat kerjasama.

Kepentingan Membina Nilai Murni

Pelaksanaan jadual mencuci tandas bukan sekadar menjaga kebersihan, tetapi juga memberi impak besar terhadap pembentukan nilai murni dalam diri pelajar. Antara manfaatnya termasuk:

  • Memupuk rasa tanggungjawab terhadap persekitaran
  • Meningkatkan disiplin diri
  • Menggalakkan kerjasama dalam kalangan pelajar
  • Menanam sikap hormat terhadap pekerja pembersihan

Apabila pelajar sendiri terlibat dalam kerja pembersihan, mereka akan lebih menghargai usaha orang lain dan tidak mudah mengotorkan kemudahan awam.

Contoh Negara Maju: Jepun

Amalan cuci tandas sekolah oleh pelajar bukanlah sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di Jepun, pelajar secara rutin membersihkan kelas, koridor dan tandas sekolah walaupun negara tersebut terkenal dengan kemajuan teknologi.

Ini membuktikan bahawa nilai disiplin dan kebersihan adalah asas penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun.

Baca juga: BDR Penjawat Awam Mulai 15 April 2026 – Syarat & Pekeliling JPA

View Original Article