
Tenom: Penduduk di sini tiada pilihan lain untuk pengangkutan kerana jadual perkhidmatan pengangkutan kereta api Tenom - Pangi sejauh 11 kilometer terhad, iaitu pagi dan petang sahaja.
“Jika kami terlepas waktu pergerakan keretapi yang ditetapkan, kami terpaksa menggunakan pengangkutan troli walaupun tidak diiktiraf,” kata beberapa penduduk Kampung Pangi kepada Daily Express di sini, Jumaat.
Menurut seorang penduduk yang enggan namanya disebut, mereka menggunakan pengangkutan troli ini jika ada keperluan mendesak seperti mengeluarkan hasil tanaman dan masa kecemasan, seperti apabila ada orang sakit yang perlukan rawatan di Hospital Tenom.


