Jadual penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ 4.0) bagi kategori suri rumah dan pasangan baru berkahwin akan bermula pada 16 Mei 2026 (Sabtu) di lokasi yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Manakala, bantuan yang lain juga akan disalurkan dalam tempoh 16 Mei 2025 -30 Mei 2026.
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui Sistem Bantuan Kasih Johor di: https://bkj.johor.gov.my
Langkah proaktif ini diambil bagi menyantuni kumpulan sasar termasuk suri rumah tidak bekerja dan pasangan baru berkahwin secara berperingkat mengikut zon daerah masing-masing.
Rujuk jadual penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0 di bawah berserta tarikh dan lokasi.
Apa Itu Bantuan Kasih Johor 4.0?
Bantuan Kasih Johor 2026 (BKJ 2026) ialah inisiatif kebajikan rasmi Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
Semakan penerima berjaya boleh dibuat menerusi laman sesawang https://bkj.johor.gov.my bermula 14 hingga 30 Mei 2026.
Tempoh rayuan pula dibuka pada 1 hingga 14 Jun 2026, manakala keputusan serta semakan rayuan pada 25 Jun 2026.
Inisiatif ini membawa prinsip: “Hasil negeri dipulangkan kepada rakyat.”
Melalui pendekatan bersasar, BKJ 2026 memastikan bantuan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.

Jadual Penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0
Jadual Penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0 (Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja Johor)
16 MEI 2026 (SABTU)
| Daerah | DUN | Tarikh | Hari | Masa | Tempat |
|---|---|---|---|---|---|
| Kluang | Machap | 16.5.2026 | Sabtu | 7.30 pagi | Dewan Terbuka JKKK Kg Baru, Machap |
| Johor Bahru | Larkin | 16.5.2026 | Sabtu | 2.00 – 7.00 petang | Medan Niaga Kg Melayu Majidee |
| Muar | Bukit Pasir | 16.5.2026 | Sabtu | Sesi 1: 8.30 – 10.30 pagi Sesi 2: 11.00 – 12.30 tengah hari Sesi 3: 2.30 – 4.00 petang | SMK Bukit Pasir |

17-19 MEI 2026 (AHAD – SELASA)
| DAERAH | DUN | TARIKH | HARI | MASA | TEMPAT |
| KLUANG | PALOH | 17.5.2026 | AHAD | 8.30 PAGI – 6.00 PETANG | DEWAN MPK PALOH |
| KLUANG | MAHKOTA | 18.5.2026 | ISNIN | 8.30 PAGI – 6.00 PETANG | DEWAN KAMPUNG MELAYU |
| KOTA TINGGI | PASIR RAJA | 19.5.2026 | SELASA | 8.30 PAGI – 4.30 PETANG | DEWAN KAMPUNG SUNGAI TELUR |
| PONTIAN | KUKUP | 19.5.2026 | SELASA | 9.30 PAGI – 4.00 PETANG | PEJABAT YPKDT DAERAH PONTIAN, TAMAN MEGAH |
| JOHOR BAHRU | PUTERI WANGSA | 19.5.2026 | SELASA | 10.00 PAGI – 4.00 PETANG | DEWAN ADDA HEIGHT |
| MUAR | BENTAYAN | 19.5.2026 | SELASA | 2.30 PETANG – 5.00 PETANG | YONG SHENG BANQUET HALL, BAKRI |
| MUAR | SIMPANG JERAM | 19.5.2026 | SELASA | 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI | YONG SHENG BANQUET HALL, BAKRI |
| BATU PAHAT | PENGGARAM | 19.5.2026 | SELASA | 8.00 PAGI – 2.00 PETANG | DEWAN JUBLI INTAN BATU PAHAT |

Jadual Penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0 (Bantuan Pasangan Baru Berkahwin Johor)
(Non-Muslim yang berkahwin kali pertama dan berdaftar pada tahun 2024/2025)
16 MEI 2026 (Sabtu)
| Daerah | DUN | Tarikh | Hari | Masa | Tempat |
|---|---|---|---|---|---|
| Johor Bahru | Larkin | 16.5.2026 | Sabtu | 2.00 – 7.00 petang | Medan Niaga Kg Melayu Majidee |
| Muar | Bukit Pasir | 16.5.2026 | Sabtu | Sesi 1: 8.30 – 10.30 pagi Sesi 2: 11.00 – 12.30 tengah hari Sesi 3: 2.30 – 4.00 petang | SMK Bukit Pasir |

17-19 MEI 2026 (AHAD – SELASA)
| DAERAH | DUN | TARIKH | HARI | MASA | TEMPAT |
| KLUANG | PALOH | 17.5.2026 | AHAD | 8.30 PAGI – 6.00 PETANG | DEWAN MPK PALOH |
| KLUANG | MAHKOTA | 18.5.2026 | ISNIN | 8.30 PAGI – 6.00 PETANG | DEWAN KAMPUNG MELAYU |
| KOTA TINGGI | PASIR RAJA | 19.5.2026 | SELASA | 8.30 PAGI – 4.30 PETANG | DEWAN KAMPUNG SUNGAI TELUR |
| PONTIAN | KUKUP | 19.5.2026 | SELASA | 9.30 PAGI – 4.00 PETANG | PEJABAT YPKDT DAERAH PONTIAN, TAMAN MEGAH |
| JOHOR BAHRU | PUTERI WANGSA | 19.5.2026 | SELASA | 10.00 PAGI – 4.00 PETANG | DEWAN ADDA HEIGHT |
| MUAR | BENTAYAN | 19.5.2026 | SELASA | 2.30 PETANG – 5.00 PETANG | YONG SHENG BANQUET HALL, BAKRI |
| MUAR | SIMPANG JERAM | 19.5.2026 | SELASA | 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI | YONG SHENG BANQUET HALL, BAKRI |

NOTA:
Makluman:
- Makluman:
- Sila bawa dokumen yang diperlukan sebagaimana dimaklumkan.
- Bawa bersama dokumen asal untuk semakan.
- Penerima harus hadir sendiri untuk menerima bantuan ini.
- Sila hadir mengikut tarikh, waktu dan tempat yang telah ditetapkan di dalam pesanan SMS.
- Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
KHAS BUAT PASANGAN BARU BERKAHWIN DI DAERAH KOTA TINGGI
Berita baik buat warga Kota Tinggi!
Kerajaan Negeri Johor membuka agihan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Syarat Kelayakan:
• Bernikah di Johor tahun 2024 / 2025
• Nikah sah & berdaftar di Johor
• Umur kedua-dua pasangan 40 tahun ke bawah
• Perkahwinan pertama & masih bersama
Dokumen Wajib Dibawa:
• Kad Pengenalan asal dan 1 salinan
• Surat Perakuan Nikah Johor asal dan 1 salinan
• Bukti kelayakan penerimaan bantuan melalui sistem online
- Penting:
- “Screenshot” tidak diterima di kaunter
- Sila tunjuk bukti kelayakan terus daripada sistem semakan online
- Semakan status: bkj.johor.gov.my
JADUAL AGIHAN MENGIKUT DUN
- DUN PASIR RAJA
- 19 Mei 2026 (Selasa)
- 9.00 pagi
- Dewan Kg Sg Telor
- DUN SEDILI
- 21 Mei 2026 (Khamis)
- 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
- Dewan Serbaguna FELDA Bukit Aping Barat
- DUN TANJUNG SURAT
- 21 Mei 2026 (Khamis)
- 9.00 pagi
- Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai
- DUN JOHOR LAMA
- 22 Mei 2026 (Jumaat)
- 2.30 petang – 6.00 petang
- Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
- DUN PENAWAR
- 21 Mei 2026 (Khamis)
- 2.00 petang
- Dewan Muafakat Bandar Penawar
- DUN PANTI
- 23 Mei 2026
- 2.00 petang
- Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya

Jadual Penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0 (Pengusahan dan Pemandu Bas / Van Sekolah)
JADUAL PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) FASA 4
BANTUAN TUNAI ONE-OFF PENGUSAHA DAN PEMANDU BAS & VAN SEKOLAH
Semua Bangsa Johor yang berkelayakan boleh membuat semakan status berkaitan inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 secara dalam talian bermula 14 hingga 30 Mei 2026 melalui portal rasmi bkj.johor.gov.my
Penerima bantuan tunai one-off bagi kategori pengusaha dan pemandu bas serta van sekolah boleh merujuk jadual terkini yang disediakan bagi mengetahui lokasi, tarikh dan masa penyerahan bantuan.

Bagi penerima yang tidak dapat hadir, wakil adalah dibenarkan untuk mengambil bantuan dengan syarat:
* Membawa salinan Kad Pengenalan penerima dan wakil; dan
* Mengisi borang wakil untuk diserahkan kepada pegawai bertugas.
Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan atau permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 hingga 14 Jun 2026.
Jadual Penyerahan Bantuan Kasih Johor 4.0 (Pemegang Tauliah Mengajar)
Alhamdulillah, Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Johor merupakan antara golongan yang layak menerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 sebanyak RM200.00 daripada Kerajaan Negeri Johor.
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bkj.johor.gov.my
Sila semak menggunakan Nombor Kad Pengenalan masing-masing.
Maklumat lanjut serta Jadual Penyerahan Bantuan akan dimaklumkan melalui:
- SMS
- Portal Rasmi BKJ
- Media Sosial Rasmi Pejabat Kadi Daerah masing-masing


Dokumen Perlu Dibawa
Bantuan Kasih Johor 4.0 (Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja Johor)
Dokumen untuk penerima bantuk yang layak bagi kategori suri rumah tidak bekerja ialah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil nikah/sijil perkahwinan/sijil kebenaran nikah luar negara
- Salinan slip gaji suami/borang pengesahan pendapatan
- Borang bermastautin negeri Johor (Selain IC Johor)
Bantuan Kasih Johor 4.0 (Bantuan Pasangan Baru Berkahwin Johor)
Dokumen untuk penerima bantuk yang layak bagi kategori pasangan baru berkahwin Johor ialah:
- Salinan kad pengenalan suami
- Salinan kad pengenalan isteri
- Salinan sijil pendaftaran perkahwinan
NOTA:
- Ingat, pemohon yang berjaya perlu membawa dokumen berkaitan semasa agihan BKJ Fasa 4. Dokumen boleh disahkan oleh pemimpin masyarakat, ahli majlis PBT atau ketua kampung, sama ada sebelum hadir atau di meja pengesahan yang disediakan di pusat agihan pada hari kejadian.
- Bagi yang telah menghantar dokumen semasa pendaftaran sebelum ini, anda perlu membawa dokumen asal untuk semakan.
- Penerima mestilah hadir sendiri untuk menerima bantuan ini.
Cara Mohon & Semakan Status Bantuan Kasih Johor 2026
Semakan, rayuan dan permohonan baharu Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 boleh dibuat menerusi Sistem Bantuan Kasih Johor di laman sesawang https://bkj.johor.gov.my bermula 14 Mei 2026.
Sekiranya tidak tersenarai/permohonan tidak berjaya/tidak berdaftar untuk FASA 4, permohonan rayuan Bantuan Kasih Johor boleh dilakukan bermula 1 Jun 2026 sehingga 14 Jun 2026.
Langkah Memohon & Menyemak Status
- Layari Portal: Buka laman sesawang rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor.
- Log Masuk / Daftar: Masukkan nombor Kad Pengenalan anda untuk menyemak sama ada maklumat anda sudah tersenarai atau memerlukan kemas kini.
- Isi Maklumat: Bagi permohonan baharu, lengkapkan butiran peribadi, maklumat isi rumah, dan pendapatan semasa.
- Hantar: Sahkan semua maklumat dan hantar permohonan secara dalam talian sebelum tarikh tutup pada 30 Mei 2026.
Tarikh-Tarikh Penting BKJ Fasa 4
Berikut ialah tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil perhatian mengenai BKJ 4.0:
- 14 Mei – 30 Mei 2026: Semakan status kelayakan dan pendaftaran permohonan baharu diaktifkan.
- 1 Jun – 14 Jun 2026: Tempoh penghantaran borang rayuan bagi yang tidak lulus.
- 25 Jun 2026: Semakan keputusan bagi permohonan rayuan.
Senarai Inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4
Berikut adalah 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor 2026 Fasa 4 yang diumumkan:
- Bantuan Tunai One-Off kepada Warga Emas yang berusia 60 tahun ke atas : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Suri Rumah Tidak Bekerja : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pasangan yang Baru Berkahwin Buat Kali Pertama Pada Tahun 2024 dan 2025 : RM400/pasangan
- Bantuan Tunai One-Off kepada Penjaja serta Peniaga Kecil Berdaftar dan Berlesen dengan PBT : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Murid OKU sama ada bersekolah atau tidak bersekolah : RM150 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anak Yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Ketua Isi Rumah Miskin berdaftar di sistem eKasih : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pemandu Bas dan Van Sekolah : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Penerima Bantuan Am Kerjaan Negeri Johor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Agama Bertauliah Tidak Berelaun : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pegawai Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Hospital serta di fasiliti Jabatan Agama Islam : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Pengusaha Homestay Berdaftar di Negeri Johor : RM300 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Sukarelawan Penggali Kubur Islam Negeri Johor : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Persatuan Belia Negeri yang berdaftar dengan ROY : RM5000 setiap persatuan
- Bantuan Tunai Subsidi Pentadbiran kepada Persatuan Sukan Negeri Johor : RM5000 setiap persatuan
- Bantuan Tunai One-Off kepada Jurulatih, Atlet, Pegawai dan Urusetia SUKMA 2026 : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Atlet SUKMA Johor yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS : RM1000 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap RELA : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Sukarelawan Tetap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Anggota Bomba Bantuan : RM200 seorang
- Bantuan Tunai One-Off kepada Setiausaha JPKK Negeri Johor dan Setiausaha Kampung Baru Cina : RM200 seorang
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, info terkini dan maklumat lanjut mengenai BKJ 4.0, sila rujuk:
- Portal Rasmi Bantuan Kasih Johor
- Facebook MEDIA DIGITAL JOHOR
- Facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
- Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
- Facebook YPKDT Daerah Johor Bahru
- Facebook Onn Hafiz Ghazi
Soalan Lazim Jadual Penyerahan BKJ 4.0
Bilakah tarikh penyerahan fizikal BKJ 4.0 bermula?J: Penyerahan fizikal bagi kategori tertentu seperti suri rumah tidak bekerja dan pasangan baru berkahwin bermula pada 16 Mei 2026 (Sabtu).
Di manakah lokasi penyerahan BKJ 4.0 dilakukan?Lokasi ditentukan mengikut zon daerah dan pusat khidmat DUN masing-masing (contohnya Larkin bagi Johor Bahru, Machap bagi Kluang, dan Bukit Pasir bagi Muar).
Bolehkah saya menukar lokasi atau tarikh penyerahan yang ditetapkan?Tidak boleh. Pemohon wajib hadir mengikut lokasi dan lokaliti DUN asal semasa pendaftaran permohonan dibuat.
Adakah saya boleh hadir pada bila-bila masa ke pusat agihan?Tidak. Anda perlu hadir mengikut tarikh dan slot masa spesifik yang telah dijadualkan bagi mengelakkan kesesakan.
Apakah dokumen penting yang wajib dibawa ke pusat agihan?Anda wajib membawa Kad Pengenalan (MyKad) asal pemohon serta dokumen sokongan berkaitan yang diperlukan.
Dokumen untuk penerima bantuk yang layak bagi kategori suri rumah tidak bekerja ialah:
– Salinan kad pengenalan
– Salinan sijil nikah/sijil perkahwinan/sijil kebenaran nikah luar negara
– Salinan slip gaji suami/borang pengesahan pendapatan
– Borang bermastautin negeri Johor (Selain IC Johor)
Dokumen untuk penerima bantuk yang layak bagi kategori pasangan baru berkahwin Johor ialah:
– Salinan kad pengenalan suami
– Salinan kad pengenalan isteri
– Salinan sijil pendaftaran perkahwinan
Dokumen boleh disahkan terlebih dahulu oleh pemimpin masyarakat, ahli majlis PBT, atau ketua kampung. Pengesahan juga boleh dibuat terus di meja pengesahan pusat agihan pada hari kejadian.
Saya telah memuat naik dokumen semasa mendaftar secara dalam talian, adakah saya perlu membawa dokumen lagi?Ya. Pemohon yang telah menghantar dokumen semasa pendaftaran tetap diwajibkan membawa dokumen asal ke pusat agihan untuk tujuan semakan silang dan verifikasi.
