Jaecoo J7 PHEV Dilancarkan Bulan Ini – Pengeluaran Di Kilang CKD Shah Alam Sudah Bermula

LocalCars
13 Feb 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sah! Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi, kemungkinan sebelum akhir bulan ini, perkara ini diumumkan oleh Jaecoo Malaysia yang turut mendedahkan bahawa pengeluaran tempatan (CKD) model SUV premium ini telah pun dimulakan di kilang pemasangannya di Shah Alam.

Menurut Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek, J7 PHEV memenuhi keperluan pasaran yang mahukan alternatif antara enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

“Kami percaya Jaecoo J7 PHEV adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan keseimbangan antara ICE dan EV, dengan kelebihan sistem hibrid super (SHS) yang canggih,” katanya.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, pendaftaran minat telah dibuka sejak Oktober 2024.

Teknologi Sistem Hibrid Super (SHS)

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Jaecoo J7 PHEV pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Oktober tahun lalu. Dari segi reka bentuk, ia masih mengekalkan rupa yang sama dengan model J7 sedia ada yang telah mencatat lebih 7,000 unit penghantaran sejak dilancarkan. Namun, perbezaan ketara terletak pada sistem PHEV baharu yang lebih canggih.

SUV ini dikuasakan oleh enjin hibrid khusus (DHE) TGDi 1.5L 4 silinder dengan kecekapan termal 44.5%, dipadankan dengan motor elektrik di hadapan, pek bateri 18.3 kWj dan transmisi hibrid khusus (DHT). Gabungan ini menghasilkan kuasa 342 hp (347 ps) dan tork 525 Nm, memberikan prestasi yang lebih responsif.

Jarak Pemanduan Cecah 1,300 KM

image is not available

Salah satu ciri paling menarik pada Jaecoo J7 PHEV adalah kemampuannya untuk menempuhi jarak perjalanan yang jauh, mencecah 1,300 km (NEDC) dengan satu tangki penuh dan sekali cas.

Bateri yang digunakan boleh dicas dengan pengecas pantas DC 40 kW yang membolehkan bateri diisi daripada 30% kepada 80% dalam masa hanya 20 minit. Jarak perjalanan elektrik sepenuhnya mencecah 106 km.

Bateri ini juga boleh dimanfaatkan untuk mengecas atau menyalurkan kuasa kepada perkakasan elektrik melalui fungsi V2L sehingga 3.3 kW.

Lebih Premium Berbanding J7 Standard

image is not available

Sebagai versi dengan teknologi trenkuasa yang lebih canggih, J7 PHEV ditawarkan pada harga lebih ‘premium’ iaitu dianggarkan pada RM170,000. Sebagai perbandingan, model standard ditawarkan pada harga RM138,800 (J7 2WD) dan RM148,800 (J7 AWD).

Maklumat selanjutnya mengenai jaminan dan pakej selepas jualan akan diumumkan semasa pelancaran rasminya nanti.

image is not available