Samsung Galaxy A56 telah pun melepasi SIRIM bulan lepas. Ini bermakna ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Jika mengikut trend setiap tahun, ia mungkin akan tiba pada sekitar bulan Mac. Terbaru, rekaan akhir untuk Galaxy A56 telah tertiris dan ia memberi reaksi bercampur di kalangan pengguna.

Seperti yang tertiris pada bulan lepas, Galaxy A56 akan menggunakan rekaan bonggol kamera lebih besar dan tidak lagi menggunakan rekaan Key Island. Ia menggunakan rekaan seakan Galaxy Z Fold6 tetapi pada sisi peranti kekal dengan sisi yang sedap untuk dicengkam. Keseluruhan peranti turut mengikut sedikit formula rekaan Galaxy S25 iaitu rata sepenuhnya.
Galaxy A56 dijangka akan dijana dengan cip Exynos 1580 yang direka dengan binaan 4nm, CPU Cortex-A720 dan GPU Xclipse 540. Skrin dikatakan adalah AMOLED FHD+ 120Hz, kamera 50+12+5 Megapixel, bateri 5000mAh dengan pengecasan 45W dan menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15 lengkap dengan Galaxy AI dan Gemini. Sama-sama kita nantikan.
- Evan Blass melalui 9to5Google

