Jaecoo J8 Dipertontonkan – CKD, Lancar Mei 2025

LocalCars
26 Mar 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jaecoo J8

Jenama kenderaan premium, Jaecoo, hari ini telah mempertontonkan SUV flagship, Jaecoo J8, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pada Mei 2025 sempena acara Malaysia Auto Show 2025 (MAS 2025).

Saiz yang ‘Gah’

Dari segi dimensi, SUV ini mempunyai panjang 4,820 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,710 mm, serta jarak roda 2,820 mm, yang bermakna ianya 100 mm lebih panjang dan 70 mm lebih lebar berbanding Chery Tiggo 8 Pro.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Jaecoo J8 yang dipertontonkan bersama J7 pada awal 2024 yang lalu

Berdasarkan ukurannya, J8 boleh diposisikan di dalam kategori yang sama dengan beberapa SUV tiga baris lain di pasaran Malaysia seperti Kia Sorento, Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe.

Varian dan Ciri Mekanikal

image is not availableimage is not available

Jaecoo J8 yang dipertontonkan hari ini

Jaecoo J8 akan ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu J8 2WD dan J8 AWD. J8 2WD merupakan versi dengan lima tempat duduk yang dianggarkan akan dijual pada harga RM195,000, manakala J8 AWD pula hadir dengan konnfigurasi enam tempat duduk pada harga anggaran RM220,000.

image is not available

Jaecoo J8 dikuasakan oleh enjin 2.0L Turbo 4 silinder yang menghasilkan 245 hp dan 385 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan untuk pemanduan yang lancar dan responsif.

Varian AWD dilengkapi dengan teknologi Continuous Damping Control (CDC), iaitu sistem suspensi pintar yang menyesuaikan tahap kekerasan penyerap hentak (shock absorbers) secara automatik mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan.

Kabin Canggih dan Selesa

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Kabin Jaecoo J8 yang dipertontonkan pada tahun 2024

Jaecoo J8 hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci serta kamera 540 darjah untuk pandangan menyeluruh semasa memandu atau parkir.

Varian J8 2WD dilengkapi dengan sistem audio Sony 12 speaker, pencahayaan ambien, serta tempat duduk dengan kemasan kulit sintetik. Bagi yang mahukan lebih kemewahan, varian J8 AWD menawarkan 14 pembesar suara Sony dengan speaker di bahagian kepala, sepuluh beg udara, pintu kuasa, sistem pewangi automatik, serta fungsi kunci tanpa sentuhan (NFC).

image is not available

Ruang but pula menawarkan kapasiti sebanyak 200L dan boleh diperluaskan sehingga 738L, sesuai untuk keperluan harian mahupun perjalanan jauh.

Tempat duduk pemandu juga mempunyai sistem pengudaraan, manakala barisan tempat duduk pertama dan kedua dilengkapi dengan fungsi larasan automatik dan urutan. Aura mewah diserlahkan dengan penggunaan balutan kulit asli dan kemasan panel suede.

Untuk pilihan warna, Jaecoo J8 2WD ditawarkan dalam Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey, manakala varian AWD hadir dengan pilihan warna yang sama tetapi dengan pilihan dua tona untuk tampil lebih eksklusif.

Lihat dengan Lebih Dekat

image is not available

Menjelang pelancarannya, model ini akan dipamerkan di beberapa lokasi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihatnya dengan lebih dekat. Pameran akan diadakan di 1 Utama (GF Luxe) dari 27 hingga 31 Mac dan di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 9 hingga 13 April.