Jaehyun NCT Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Bermula 4 November Depan

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 12:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anggota kumpulan NCT, Jaehyun dilaporkan akan menyertai latihan ketenteraan yang bermula 4 November depan.

image is not available

Foto: Instagram Jaehyun

Menurut laporan allkpop, penyanyi berusia 27 tahun itu dijangka akan menyertai pasukan muzik Tentera Darat Korea Selatan selepas menjalani latihan asas ketenteraan.

Jaehyun bakal menjadi anggota NCT kedua yang memulakan perkhidmatan ketenteraan, selepas Taeyong yang kini sedang berkhidmat dalam pasukan muzik Tentera Laut sejak April lalu.

image is not available

Foto: Instagram Jaehyun

Dia dijangka akan menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada 3 Mei 2026.

SM Entertainment berkata , tiada acara khas dirancang untuk perkara itu dan kemasukan Jaehyun akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.

Pengumuman itu membuatkan ramai peminat kecewa sekali gus berkongsi kesedihan dan pandangan mereka mengenai berita berkenaan.

Untuk makluman, perkhidmatan ketenteraan wajib merupakan kewajipan bagi semua lelaki di Korea Selatan dan juga dilihat sebagai satu tanggungjawab yang dihormati dalam masyarakat.

Sumber: allkpop