”Jaga ayah baik-baik” – Orang Ramai Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa OKU Dibelasah Di Pasar

Entertainment
19 Jan 2025 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial semalam selepas satu video tular dimana seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dibelasah di sebuah pasar di Terengganu.

Mangsa OKU berkenaan dikatakan telah melanggar sebuah gerai di pasar tersebut sehingga menyebabkan terjatuhnya barang-barang perniagaan peniaga.

Berang dengan kejadian itu, beberapa orang lelaki telah membelasah lelaki OKU itu dengan sangat teruk.

Lelaki OKU itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan dijaga oleh keluarganya.

Korang tengok lah video anaknya di bawah ni.

@nrulfrhana._

Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu

♬ suara asli – Arta mode mj – Arta mode mj

Jaga ayah baik-baik

Susulan kejadian itu, orang ramai menitip kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

image is not availableSemoga dipermudahkan segala urusan ayah dan awak sekeluarga. Ramai yang menyokong ni, jangan risau.

image is not availableAllahuuu. Sebak pulak min baca komen ni. Harap keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa. Ingatlah ini semua ujian dari Tuhan.

image is not availableHarap muka mangsa okay lah. Teruk gak kena belasah dalam video tu. Stay strong ye!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.