Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

8 Oct 2023 • 9:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita Warga Emas di China Saman Anak dan Menantu Demi Hak Jagaan Cucu

Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup. Seorang wanita China, dikenali sebagai Duan, mengambil langkah drastik untuk menyaman anak perempuan dan menantunya berhubung tuntutan bayaran untuk menjaga cucunya selama lima tahun.

Kes ini mencetus perhatian netizen di seluruh negara selepas keputusan mahkamah diberikan kepada wanita terbabit, seperti dilaporkan dari SCMP.

image is not available
Jaga Cucu Selama 5 Tahun, Warga Emas Bertindak Saman Anak Sendiri Gara-Gara Dibayar Tak Cukup

Mahkamah bersetuju bahawa Duan berhak menerima bayaran

Duan, yang berasal dari bandar Guangan, wilayah Sichuan, telah memfailkan tuntutan 192,000 yuan (lebih kurang RM126,157) daripada anak perempuannya, Hu dan menantu lelakinya, Zhu. Walaupun jumlah yang diminta agak tinggi, mahkamah bersetuju bahawa Duan berhak menerima bayaran, tetapi mengurangkan jumlah itu kepada 82,500 yuan (lebih kurang RM54,208).

Menurut mahkamah, Duan tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk membesarkan cucunya dan berhak mendapat bayaran nafkah daripada pasangan itu. Dia telah menjaga cucu itu antara Februari 2018 dan Julai lalu.

image is not available

Hu pernah berjanji untuk membayar malah mereka menandatangani perjanjian itu tanpa pengetahuan suami Hu

Sebab Duan menjaga cucu-cucunya kerana Hu dan suaminya bekerja di bandar Chengdu, yang hanya memberi Duan elaun bulanan 1,000 yuan (RM657) dan yuran penjagaan anak 2,000 yuan (RM1,314).

Pada mulanya, Duan menjaga cucunya tanpa sebarang rungutan, namun perasaan tidak puas hati timbul Julai lalu apabila merasakan usahanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal.

image is not available

Hu pernah berjanji untuk membayar 50,000 yuan (RM32,853) kepada Duan malah mereka menandatangani perjanjian itu tanpa pengetahuan suami Hu. Bagaimanapun, janji ini tidak ditunaikan, menyebabkan Duan terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Zhu pula berpendapat, ibu mentuanya membuat tuntutan itu kerana dia dan isterinya dalam proses bercerai. “Orang yang dia mahu saman sebenarnya ialah saya,” katanya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: