Jaga Hubungan Baik Lepas Cerai, Aktor Kacak Bermaksiat Dengan Bekas Isteri? – “Taubatlah, Malu Keluarga…”

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2025 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau dekat Malaysia ni, yang selalu kita dengar apabila pasangan selebriti bercerai sama ada berpisah secara baik atau bergaduh dan saling menyalahkan satu sama lain.

Tapi berbeza pula tentang khabar angin kali ini. Seorang pelakon lelaki yang dikhabarkan sudah lama bercerai dengan isterinya bukan sahaja mengekalkan hubungan baik tetapi juga didakwa masih tidur bersama.

image is not available

Dah cerai tapi masih ‘bersama’

Menurut Cik Bunga, bekas isteri aktor tampan itu mempunyai wajah yang jelita dan manis sahaja apabila dipandang. Mereka dikatakan bercerai secara baik tanpa permasalahan besar dan bersikap matang.

Kita tidak kisah pun kalau sudah bercerai tetapi pasangan itu masih mengekalkan hubungan baik. Tetapi rasanya, tidak perlulah hubungan baik itu sampai ke atas katil.

Cik Bunga juga mempersoalkan mengapa pula mereka bercerai sekiranya masih mahu melakukan hubungan intim bersama. Lebih eloklah sekiranya mereka mengekalkan sahaja perkahwinan dan menjaga satu sama lain dengan baik.

Betul tak? Sah-sah lah hubungan halal dan tak akan ada yang boleh persoal.

image is not available

Taubat lah, ingat keluarga

Meski tidak menyatakan bagaimana dia mendapat maklumat ini namun Cik Bunga mengingatkan pasangan berkenaan untuk bertaubat dan fikirkan tentang maruah keluarga.

Kalau betul lah mereka bermaksiat, elok-eloklah segera bertaubat. Malulah masing-masing ada keluarga.

Siapa aktor hensem yang sudah bercerai tetapi masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-13 15:10:11

"Saya Boleh Lafaz Cerai Hari Ini Tapi Dia Datang Haid" - Suami Zehra Zambri

View Original Article