“Jaga Kawan Baik Saya” – Beri Sokongan, Go Younjung Hantar Trak Kopi Ke Set Drama Lee Jungha

25 Apr 2024 • 10:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun drama “Moving” dah lama tamat, persahabatan antara Go Youn-jung dan Lee Jung-ha nampaknya masih rapat hingga hari ini!

Pada 24 April, Lee Jung-ha telah memuat naik foto trak kopi yang diterimanya dari Go Youn-jung, ke set penggambaran dramanya.

Khusunya di sepanduk trak kopi itu terdapat mesej sokongan dari wanita itu yang tertulis,

Bong-seok, makan snek. Tetapi jangan terbang kerana ia sangat lazat – Jang Hee-soo, kawan baik Sekolah Menengah Jeongwon.

Tolong jaga kawan baik saya.

Lepas ni, saya akan hantar potongan daging babi!!

Sementara itu, Lee Jung-ha telah disahkan akan muncul dalam tvN baru berjudul “Thank You”, bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Shin Ha-kyun, Jin Goo dan Jo A-ram.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.