“Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian

Family & Parenting
20 Oct 2026 • 12:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah mengundang perhatian ramai selepas meluahkan bahawa dia mahu isterinya bersalin di rumah selain sanggup mengupah bidan bagi membantu si isteri semasa proses bersalin.

Hal ini kerana menurutnya, dia tidak rela alat sulit isterinya dilihat oleh doktor lelaki yang bertugas untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

“Bukan Cemburu, Tetapi Masalah Mindset Doktor Lelaki Tu” – Suami

Dakwanya, ia bukanlah disebabkan masalah cemburu, namun tidak yakin dengan pemikiran petugas kesihatan lelaki.

“Aku lagi rela isteri aku bersalin dekat rumah dan panggil bidan daripada ke hospital. Sebab aku tak nak doktor lelaki tengok ulat sulit isteri aku. Bukan masalah cemburu tetapi masalah mindset doktor lelaki tu.

“Boleh diterimakan perasaan aku ni?” soalnya.

Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Sumber: Threads

Suami Kongsi Tangkap Layar Kes Doktor Lelaki Ambil Kesempatan Terhadap Pesakit

Menerusi bebenang hantarannya, lelaki itu turut berkongsi beberapa kes melibatkan doktor lelaki yang mengambil kesempatan terhadap pesakit mereka.

Antaranya ialah kes seorang doktor yang bertindak mencabul seorang pesakitnya.

Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Sumber: Threads

‘Boleh Request Doktor Wanita Di (Sesetengah) Hospital Swasta, Susah La Demand Kalau Tak Nak Keluar Duit’ – Bella Park

Perkongsian itu kemudiannya telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai berkata pesakit sebenarnya boleh meminta untuk dijaga dan dirawat oleh doktor serta petugas wanita namun pilihan tersebut mungkin melibatkan kos tambahan mengikut hospital khususnya di hospital swasta.

“Boleh je kalau buat macam suami-suami yang rajin cari duit, suami saya tempah bilik hospital swasta memang check up dari awal kehamilan dengan doktor perempuan sampai ke dewan bersalin minta tak nak ada lelaki langsung. Tapi bayarlah semuanya.

“Kalau duit tak nak keluar lepas tu demand susah la. Isteri pun tak rela sebenarnya cuma kalau keadaan terpaksa maka hadap je. Ingat isteri-isteri ni tak malu ke? Ingat seronok? Nak gadaikan nyawa isteri demi ego tu buat apa,” tegur usahawan, Bella Park.

“Kumpul duit, kerja kuat dan tempat bersalin di hospital swasta dengan doktor pakar wanita. Ramai sangat ramai. Kalau mampu sikit, bersalin dengan Prof Dr Imelda di KPJ. Yang tu bukan setakat doktor lelaki tak berani mendekat, silap-silap pemandu ambulans yang ambil isteri abang tu pun wanita,” tambah seorang doktor kesihatan.

‘Pelihara Nyawa Adalah Keutamaan, Sebab Itu Syariat Ada Beri Kelonggaran Jika Darurat Namun Ikut Batas’ – Fedtri Yahya

Menurut pengacara Fedtri Yahya pula, si suami sepatutnya lebih mengutamakan keselamatan nyawa isteri dan anak kerana bersalin di rumah boleh membawa kepada komplikasi.

“Dalam Maqasid Syariah, memelihara nyawa ialah keutamaan yang sangat tinggi. Proses bersalin boleh membawa komplikasi yang memerlukan rawatan kecemasan serta kepakaran dan kelengkapan yang mencukupi.

“Menjaga aurat itu tuntutan, memelihara nyawa juga kewajipan. Sebab itulah syariat memberikan kelonggaran ketika ada keperluan dan darurat, mengikut batasnya. Usah sampai terlalu menjaga siapa yang boleh melihat, terabai keselamatan insang yang sedang bertarung melahirkan,” nasihatnya.

‘Pastikan Keselamatan Bayi & Ibu Matlamat Saya, Tiada Masa Untuk Mindset Lain’ – Pakar O&G

Sementara itu, seorang pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) dikenali sebagai Kervindran Mohanasundaram berkata matlamat utamanya sebagai seorang doktor adalah untuk memastikan setiap ibu bersalin tanpa komplikasi selain berkata beliau tiada masa untuk mempunyai ‘mindset’ lain selain menyelamatkan pesakit.

“Saya pakar bidan dan sakit puan bertugas di hospital kerajaan. Macam yang ramai dah tulis dekat sini (ruangan komen di Threads), mindset saya masa pesakit bersalin hanya untuk pastikan bayi lahir dengan selamat dan untuk pastikan ibu juga bersalin tanpa komplikasi.

“Itu matlamat saya. Tak ada masa untuk berfikir benda lain. Stres sekiranya proses melahirkan ada isu, tiada siapa yang akan faham terutama sekali kalau dah panggil pakar untuk datang bantu. Sudah tentu ada masalah dan bukan proses bersalin biasa.

“Ya pasti pesakit ada autonomi. Tetapi kena bertempat. Kalau dah memang doktor yang bertugas hanya lelaki macam mana? Tolong ubah mindset awak dulu. Jangan-jangan mindset awak yang tak betul,” tegur pakar tersebut.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Image from: “Jaga Nyawa Tu Kewajipan” – Suami Nak Isteri Bersalin Di Rumah Kerana Tak Rela Doktor Lelaki Lihat Alat Sulit Undang Perhatian
Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved