
Seperti yang ramai ketahui, pendakwah selebriti Dai Syed telahpun mendirikan rumah tangga bersama seorang personaliti TV, Hana Ismail pada tahun lalu.
Malah sejak kebelakangan ini, pasangan bahagia itu sering dilihat memuat naik video menari bersama dengan berlatarbelakangkan lagu Bollywood di media sosial.
PU Syed tampil beri nasihat dan teguran pada Dai Syed
Pun begitu, baru-baru ini pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi nasihat dan teguran kepada Dai Syed berhubung video tersebut.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, PU Syed berkata Dai Syed sepatutnya menjaga status yang dipegangnya sebagai seorang yang bergelar agamawan.
“Untuk isu Dai Syed bersama isteri dia menari dan sebagainya, saya nasihatkan dan saya tegur kepada adinda Dai Syed agar jagalah status kita sebagai seorang yang membawa ‘title’ agamawan, yang mungkin kita menyampaikan tazkirah, menyampaikan peringatan kepada masyarakat.”
PU Syed
Dai Syed harus jaga akhlak dengan tidak terlalu tunjuk isteri di media sosial
Menurutnya lagi, Dai Syed haruslah menjaga akhlaknya dengan tidak terlalu mempamerkan isterinya di media sosial.
“Nak berjoget boleh silakan, tapi jangan tunjuk dengan masyarakat yang akhirnya ada yang sokong dan mungkin ada yang akan cakap kenapa ustaz macam ni berjoget-joget,” katanya.
Boleh sebabkan golongan asatizah mendapat fitnah
Jelas PU Syed lagi, isu ini boleh menyebabkan berlakunya fitnah yang akan diterima oleh golongan-golongan asatizah (ustaz/ustazah).
“Jadi saya nasihatkan kepada adinda Dai Syed yang saya sayangi, moga kita dapat berubah. Anda orang hebat, jadi kita berubah jadi lebih hebat lagi dengan kita menjaga adab tatasusila agar tidak terpalit fitnah,” katanya lagi.
Sementara itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan nasihat serta teguran yang diberikan oleh PU Syed kepada pendakwah selebriti muda itu.
Malah segelintir netizen juga turut berharap agar Dai Syed insaf dengan nasihat yang telah diberikan ini.
“Moga Dai Syed ini insaf, dah lama aku perhati”

“Finally, Alhamdulilah ada ustaz tegur”

Source:
