
KUALA LUMPUR - Drama tercetus selepas lima minit persidangan bermula bagi mendengar keputusan kes solar Datin Seri Rosmah Mansor, apabila seorang daripada peguamnya, Datuk Jagjit Singh merayu masa tambahan untuk menyediakan hujahan terhadap afidavit balas pendakwa, berhubung permohonan beliau untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, permohonan Rosmah tidak mengandungi bukti kukuh untuk menyokong alasannya menyingkirkan hakim berkenaan.
Meskipun begitu, mahkamah berehat selama 30 minit bagi membolehkan pasukan pendakwaan mengambil sedikit masa untuk membantah permohonan Rosmah itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
