Jaguh angkat berat, Bonnie raih emas di Kejohanan Terbuka Asia Oceania

17 Jun 2022 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, hari ini.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu menyaksikan atlet dari China, Hu Peng melakukan angkatan 200kg dan Bekzod Jamilov (180kg) dari Uzbekistan masing-masing meraih perak dan gangsa.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lalu dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved