
“Siapa cakap gaji aku RM1 juta? Kalau begitu aku pun nak gaji sebanyak itu” – Jojo Ghazali
Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Nafi Dakwaan Gaji RM1 Juta. Juara Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali telah menolak dakwaan bahawa beliau menerima gaji sebanyak RM1 juta.
Johan, yang lebih dikenali sebagai Jojo di gelanggang, telah menjawab soalan peminatnya di Instastory dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah menerima gaji sebesar itu, malah beliau berseloroh bahawa beliau juga ingin mendapat gaji sebanyak itu.

Apabila ditanya tentang kerjaya pilihan jika beliau bukan atlet Muay Thai, Jojo memberitahu bahawa walaupun beliau pernah mencuba pelbagai sukan seperti bola sepak, sepak takraw dan soft ball, namun Muay Thai tetap menjadi pilihan utamanya.
Jojo: Kalau Bukan Peninju, Mungkin Jadi Peguam
Menurut laporan media tempatan, beliau menambah, sekiranya bukan sebagai peninju, beliau mungkin akan memilih kerjaya dalam bidang akademik seperti menjadi peguam.
Dalam perkembangan lain, Jojo telah mengumumkan melalui Instastory bahawa beliau baru sahaja menandatangani kontrak untuk satu perlawanan baharu. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti lawannya buat masa ini. Menurut Jojo, beliau yakin peminatnya akan gembira dengan perlawanan yang akan datang ini.



