Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali

23 Nov 2024 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jojo (kanan) berkata, dia sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu. Foto Stadium Astro

image is not available
Jojo. Foto Stadium Astro

JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menjelaskan, dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu dalam masa terdekat ini.

Dia turut berkongsikan rutin harian kehidupannya sebagai atlet Muay Thai dalam satu posting di laman Instagram pada Sabtu.

"Alhamdulilah, perlawanan seterusnya sudah disahkan.

Sudah menandatangani perjanjian dan sudah mengetahui bakal berlawan dengan siapa tetapi masih tidak dapat dikongsikan ketika ini.

Jadi, terus ikuti kerana perlawanan kali ini pasti anda semua akan suka," katanya.

Dalam pada itu, dia yang turut dikenali sebagai Jojo turut menafikan dakwaan bayaran gajinya berjumlah RM1 juta.

"Siapa cakap gaji Jojo RM1 Juta ini? Betul ke? Jojo juga mahukan gaji itu." tambahnya.

Untuk rekod, Jojo menewaskan pertarung dari Mexico, Josue Cruz,secara knockout (KO) seawal pusingan pertama dalam saingan One Championship di Denver, Kanada, September lalu. - Stadium Astro