Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Tegas Tetap Mahu Teruskan Latihan Di Sarawak

9 Oct 2023 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas buat Johan Ghazali!

Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Tegas Tetap Mahu Teruskan Latihan Di Sarawak. Petinju Muay Thai Muhammad Johan Ghazali, yang mesra disapa Jojo, menyatakan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan latihannya di Sarawak.

Menurutnya, beliau akan kekal di negeri ini dan tidak bercadang untuk berpindah ke tempat lain buat masa ini.

“Hati saya mahu memberi komitmen 100 peratus berlatih di Sarawak dengan bersama-sama keluarga saya di sini, jurulatih saya (Addy Singpayak) berkahwin dengan orang Sarawak, dan keluarga saya suka di sini (di Sarawak).

image is not available
Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Tegas Tetap Mahu Teruskan Latihan Di Sarawak. Kredit: Facebook

“Malah ibu saya tidak mahu berpindah,” katanya ketika ditemui media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) malam Ahad.

Remaja itu baru-baru ini menjadi petinju termuda yang memperoleh kontrak enam angka dengan ONE Championship menewaskan lawannya dari Rusia Temirlan Bekmurzaev, di ONE Friday Fights 36 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

Kemenangannya itu sekali gus menandakan kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship.

Jojo memberitahu, terdapat banyak sumber yang tersedia untuknya di negeri ini.

Katanya lagi, ia termasuk kemudahan latihan yang tanda kepada sokongan tempatan yang tidak berbelah bahagi yang diterimanya.

image is not available

“Semuanya tersedia di sini (Sarawak) dan saya mempunyai kemudahan latihan yang mencukupi serta semua sokongan saya ada di sini, jadi saya berhasrat untuk kekal di Sarawak.

“Saya tidak bercadang untuk berpindah ke tempat lain. Saya rasa Sarawak sudah cukup untuk saya mencapai tahap yang saya mahukan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: