Sekali Lagi Muncul Juara, Johan Ghazali Cipta Sejarah Atlet Termuda Raih Kontrak ONE Championship

7 Oct 2023 • 7:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Johan Ghazali sekali lagi menumpaskan lawannya dengan pukulan KO.

Sekali Lagi Muncul Juara, Johan Ghazali Cipta Sejarah Atlet Termuda Raih Kontrak ONE Championship. Digeruni dengan pukulan KO nya, Johan Ghazali sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menjadi atlet Muay Thai negara termuda untuk memperoleh kontrak lumayan daripada ONE Championship bernilai USD100,000.

Atlet muda yang dilahirkan di Sarawak ini berjaya meraih kontrak ini setelah menundukkan lawannya dari Russia, Temirlan Bekmurzaevdalam ONE Friday Fights 36 pada Jumaat.

image is not available
Sekali Lagi Muncul Juara, Johan Ghazali Cipta Sejarah Atlet Termuda Raih Kontrak ONE Championship. Kredit gambar: Fb Jennana Johnson

Pertarungan sengit

Walaupun petarungan kali ini agak sengit, Johan Ghazali berjaya melepaskan tumbukan KO ke arah dada lawannya sekaligus mengakhiri perlawanan dengan kemenangan knock out dan membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 350,000 Baht.

Dalam ucapan kemenangannya, Johan berkata ‘Saya peroleh kontrak ONE Championship sebelum dapat lesen kereta, ini gila’.

image is not available

image is not available

Impian jadi kenyataan

Bakal memasuki usia 17 tahun pada bulan hadapan, ini merupakan kejayaan besar buat dirinya yang sebelum ini memang mengimpikan kontrak ini.

Johan mempunyai rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya dalam sukan Muay Thai dan berjaya menempah namanya di peringkat antarabangsa setelah berjaya menumpaskan lawan dengan pukulan KO dalam masa 16 saat sahaja.

Berdarah kacukan Malaysia dan Amerika Syarikat, ketahui biodata Johan Ghazali di sini: