JAINJ Temui Kondom, Ubat Kuat Dalam Bilik Suami Orang Bersama Janda

8 Aug 2026 • 3:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pemeriksaan sebuah bilik hotel di Johor membawa kepada penemuan beberapa barangan yang mencurigakan termasuk sekeping kondom dan dua botol ubat kuat.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.20 malam semalam itu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut menahan seorang lelaki berusia 30-an yang sudah berkahwin bersama seorang wanita berusia 20-an berstatus janda kerana disyaki berkhalwat.

Janda hanya mampu bersembunyi dalam selimut

Image from: JAINJ Temui Kondom, Ubat Kuat Dalam Bilik Suami Orang Bersama Janda
Kredit Foto: Janaan AI

Menurut JAINJ, penguat kuasa terlebih dahulu mengetuk pintu bilik hotel berkenaan sebelum menunggu kira-kira 10 minit.

Pintu kemudian dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai tuala tanpa berbaju sebelum pegawai memperkenalkan diri dan masuk untuk menjalankan pemeriksaan.

Penguat kuasa mendapati ada seseorang sedang bersembunyi dalam selimut di atas katil. Apabila dipanggil, seorang wanita berpakaian baju tidur kemudian bangun menonjolkan diri.

Wajah pasangan itu seperti ketakutan apabila melihat kehadiran penguat kuasa.- Katanya dalam kenyataan.

Kondom ditemui bawah selimut, tak sempat pakai lagi

Image from: JAINJ Temui Kondom, Ubat Kuat Dalam Bilik Suami Orang Bersama Janda
Kredit Foto: Janaan AI

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sekeping kondom yang belum digunakan di bawah selimut. Lelaki terbabit mendakwa kondom berkenaan dibelinya di sebuah kedai runcit.

Kondom itu kemudiannya dirampas untuk dijadikan barang kes di Mahkamah Syariah kelak.

Selain itu, penguat kuasa turut menemui dua botol ubat kuat berlainan jenis di atas meja yang dibeli secara dalam talian,.- Katanya.

Pasangan daftar masuk jam 10 malam

Image from: JAINJ Temui Kondom, Ubat Kuat Dalam Bilik Suami Orang Bersama Janda
Kredit Foto: Janaan AI

Hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit sudah berkahwin, manakala wanita bersamanya merupakan seorang janda. Kedua-duanya bekerja di daerah berkenaan.

Mereka turut mengakui datang ke hotel itu dengan menaiki kereta yang dipandu lelaki terbabit sebelum mendaftar masuk sekitar jam 10 malam.

The post JAINJ Temui Kondom, Ubat Kuat Dalam Bilik Suami Orang Bersama Janda appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved