JAIS sahkan figura awam ditangkap khalwat semalam

16 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan tangkapan terhadap dua individu termasuk figura awam yang dipercayai kerana berkhalwat di sekitar Petaling pada pukul 6 petang, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kedua-dua individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu tular dakwaan yang m

engatakan seorang individu mirip bekas anggota kabinet berusia 44 tahun ditahan bersama seorang wanita selepas lima anggota penguat kuasa JAIS menyerbu sebuah kediaman dalam satu operasi di Petaling Jaya.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke pejabat JAIS di sini bagi proses dokumentasi dan tindakan lanjut susulan operasi tersebut. – UTUSAN

The post JAIS sahkan figura awam ditangkap khalwat semalam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved